Oct 202016
 

Rahsia Kenapa Jam Casio F-91W Dianggap Bahaya Dan Bergaya

Tahukah anda jam tangan Casio F-91W boleh dianggap sebagai jam yang bahaya dan juga bergaya.

Apakah rahsia disebalik kenapa jam lejen ini dianggap seperti itu?

Bacalah sedikit sejarah yang FH sempat korek ini: 

Pada tahun 1995 di sebuah tempat di Manila, 2 orang lelaki; Murad dan Ramzi telah memproses campuran bahan kimia dalam sebuah bangunan pangsapuri.

Tiba-tiba berlaku kebakaran dan kedua-duanya terpaksa melarikan diri dan meninggalkan barangan mereka dalam bangunan itu. Walaubagaimanapun, Ramzi menyuruh Murad kembali ke bangunan tersebut untuk mendapatkan laptop beliau semula.

Semasa dia kembali ke pangsapurinya, polis dilihat sedang menggeledah bangunan tersebut. Dia cuba memberikan nama palsu untuk mengelakkan dirinya dari disyaki penjenayang tetapi polis tetap menahan beliau.

Beliau bagaimanapun menawarkan wang sebanyak 2000 USD kepada Aida Fariscal; ketua polis di tempat kejadian jika beliau dilepaskan (nilainya lebih dari setahun gaji seorang polis). Aida mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan menyerahkan suspek tersebut kepada Philippine National Police.

Semasa menggeledah bilik pangsapuri tersebut, Aida menemui sesuatu yang pelik. Di atas sebuah meja terdapatnya bateri, beberapa kabel dan jam Casio F-91W.

Jam tersebut telah bertahun-tahun menjadi kegemaran pemakai dikalangan remaja Filipina tetapi Aida tidak pernah nampak ianya ditukar menjadi alatan seperti di atas meja tersebut.

Rahsia Kenapa Jam Casio F-91W Dianggap Bahaya Dan Bergaya

Jam yang diubahsuai menjadi pemasa untuk meledakkan letupan.

Analisis lanjut telah membongkar bahawa Murad atau nama sebenar Abdul Hakim Ali Hashim Murad telah menggunakan jam tersebut sebagai timer untuk sebuah bom yang dirancang untuk membunuh Pope John Paul II semasa lawatan ke Philippines selepas tahun tersebut.

Kisah di atas memberikan gambaran bagaimana pengganas mampu menggunakan salah satu jam yang popular ini untuk melakukan jenayah, menukarkan jam Casio F-91W dari sebuah jam tangan kepada pembunuh dalam diam.

Kenapa Casio F-91W dianggap lejen?

Semasa pelancarannya pada tahun 1991, jam tangan yang ringkas ini mempunyai skrin LCD, 3 butang, stopwatch, kalendar dan tempoh bateri bertahan sehingga 7 tahun.

Masanya juga agak tepat antara 30 saat sebulan dan hanya 6 minit setahun.

Dijual pada harga 20 dolar semasa awal pelancarannya, ianya menjadi antara jam yang paling banyak dijual serata dunia dan mampu dimiliki oleh sesiapa saja dari hipster hinggalah Presiden Obama yang juga pernah memakai jam ini.

Rahsia Kenapa Jam Casio F-91W Dianggap Bahaya Dan Bergaya

Presiden Obama dilihat memakai Casio F-91W semasa zaman mudanya.

Sehinggalah ke hari ini, Casio masih lagi mengeluarkan jam ini sebanyak 3 juta unit setiap tahun.

Percayalah, tiada jam lain yang lebih baik anda boleh dapat dengan harga yang murah sebegini.

Walaupun ciri-ciri dan fungsinya dianggap biasa saja, namun ianya masih menarik minat penghasil bom menggunakan jam ini sebagai alat letupan kawalan jauh.

B0m kawalan jauh

Pada tahun 1994, Ramzi Yousef menggunakan jam Casio tersebut untuk meletupkan pesawat Philippine Airlines flight 434 di udara. Namun bernasib baik kerana letupan tersebut tidak menghancurkan pesawat tersebut dan berjaya mendarat dengan selamatnya di Jepun.

Apapun, ianya menjadi bukti bahawa jam tersebut berkesan untuk meletupkan bom dengan sendirinya.

Sebuah kumpulan pengganas iaitu Al Qaida dikatakan telah membekalkan banyak jam ini di kem latihan mereka merentasi Pakistan,. Turut mendapat jam ini termasuklah Murad yang akhirnya menguji alat (bom) tersebut di satu teater yang penuh orang ramai di Manila pada tahun 1994.

Disebabkan mudahnya mendapatkan jam ini di setiap kedai jam dan elektronik, kumpulan pengganas ini dapat membeli jam tersebut dengan banyaknya tanpa menimbulkan syak wasangka.

Walaubagaimanapun, selepas peristiwa 9/11, penyiasat di Guantanamo Bay mula berasa pelik dengan trend pemakaian jam tersebut yang popular.

Seramai lebih kurang 32 banduan dijumpai memakai jam Casio F-91W, dan lebih kurang 20 orang ditangkap memakai jam Casio A150W (versi besi metalik).

Pada tahun 2011, Denbeaux Study membongkarkan:

“Hampir 1/3 dari tahanan di JTF-GTMO dilihat memakai model jam ini yang diketahui berkaitan dengan letupan…”

Osama Bin Laden juga turut dilihat memakai jam tersebut menjadikan ia satu-satunya jenama yang dipakai beliau secara terbuka.

Rahsia Kenapa Jam Casio F-91W Dianggap Bahaya Dan Bergaya

Osama Bin Laden juga antara pemakan jam tangan Casio F-91W.

Kumpulan Al-Qaida adalah pemakai jam tersebut pada asalnya dan tersebar menjadi popular di kalangan pembuat bom.

Pada Mei tahun 2015, seorang bakal menjadi militan ISIS kelahiran Queens, ditahan kerana merancang serangan pengganas di New York. Menurut NY Daily News,

“Saleh melakukan carian internet untuk kata kunci ‘watch‘, ‘casio‘, dan ‘vacuum‘ … carian ini mencerminkan usaha Saleh untuk mengenal pasti dan mendapatkan komponen yang diperlukan untuk membuat bahan letupan.”

Beberapa bulan kemudian iaitu 17 Ogos, berlaku serangan letupan bom ke atas pelancong di Makam Erawan yang popular di Bangkok, membunuh sekurang-kurangnya 20 dan mencederakan lebih 120 mangsa.

Siasatan mengenai identiti mereka yang bertanggungjawab membawa polis Thailand ke sebuah apartmen di pinggir bandar timur di bandar ini. Apa yang mereka ditemui di samping bahan-bahan letupan dan pendawaian ialah empat jam tangan, di mana semua adalah Casio F-91W, menurut Bangkok Post.

Tetapi di sebalik semua perhatian negatif ini, jam Casio F-91W ini terus bertahan merentasi tahun demi tahun.

Apapun yang pasti, jam lejen ini telah mengisi setiap fungsi kemanusiaan dari segi kebaikan mahupun untuk keburukan.

via thenextweb

(Visited 61 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK