Oct 052016
 

Info Tambahan Tiga Hari Cuti Sekolah Deepavali 2016

Berita baik bagi pelajar dan kakitangan sekolah.

Nampaknya cuti sekolah sempena perayaan Deepavali 2016 telah diberikan tambahan selama tiga hari bermula 29 Oktober sehingga 1 November bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Bagi negeri lain pula, cuti sekolah akan bermula pada 28 Oktober sehingga 1 November 2016.

Berikut adalah pekeliling dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikongsikan oleh berita tempatan:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siarannya bilangan 19 Tahun 2015, menyelaraskan bahawa cuti perayaan Deepavali bagi sesi persekolahan tahun 2016 diberi cuti sekolah tambahan selama tiga hari.

Menurut kenyataan daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh cuti perayaan itu sudah diselaraskan bagi sesi persekolahan tahun 2016, yang membabitkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Manakala cuti perayaan bagi sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, bermula pada 28 Oktober Sehingga 1 November 2016.

Katanya, semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan Kementerian dan cuti berkenaan tidak perlu diganti.

Artikel via Berita Harian

Jangan ada pelajar atau guru yang pergi sekolah pada hari Jumaat 28 Oktober tu sudah.

LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2016 - Pulau Pinang

Teringat zaman kecil dulu, admin pernah pergi sekolah padahal cuti hari tu. Adeh..

(Visited 2,153 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK