Oct 122016
 

Info Air Pasang Besar Di Kuala Perlis 18 Oktober ini

Pada 18 Oktober ini dijangka akan berlakunya fenomena air pasang besar paras tertinggi di sekitar pantai Kuala Perlis.

Pengunjung, penduduk atau peniaga yang berada berhampiran kawasan tersebut dinasihatkan agar berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti di kawasan tersebut pada tarikh tersebut.

Berikut adalah info yang dikongsikan media tempatan: 

KUALA PERLIS, 10 Okt – Penduduk sekitar pesisir pantai di Kuala Perlis perlu peka perkembangan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan fenomena air pasang besar dijangka mencecah paras tertinggi 3.6 meter pada 18 Okt ini.

Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Muhammad Yusoff Wazir berkata paras air laut dijangka berada pada paras tertinggi antara 17 hingga 19 Okt ini.

“Sumber Jadual Pasang Surut Malaysia 2016 keluaran Pusat Hidrografi Nasional TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) menjangkakan semasa tempoh tersebut paras air pasang tertinggi adalah pada 1.38 pagi, 18 Okt dan diharap cuaca tidak diburukkan lagi dengan kehadiran angin kencang.

Sumber: BERNAMA

Sediakan payung sebelum hujan.

(Visited 164 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Gambar) Berus Bulu Babi Dijual di Kedai Mr. DIY?

LIKE KAMI DI FACEBOOK