Oct 222016
 

Gambar Mangsa Dan Perangkap Maut Di Laluan Motosikal KESAS

Agak mengerikan melihat gambar perangkap maut yang dipasang penyamun di laluan motosikal lebuhraya KESAS.

Lagi ngeri bila ia terkena leher anggota Ronda KESAS sendiri semasa mereka sedang menjalankan rondaan di laluan motosikal tersebut pada awal pagi.

Jika silap langkah atau menunggang dengan laju, boleh bawa maut serta merta. Memang bahaya perangkap macam ni.

Mohon agar semua penunggang motosikal agar berhati-hati semasa melalui laluan motosikal di lebuhraya terutamanya apabila melalui terowong atau selepas tengah malam.

Berikut adalah gambar dan kemaskini dari facebook Info Roadblock JPJ/Polis:

Gambar Mangsa Dan Perangkap Maut Di Laluan Motosikal KESAS

Perangkap maut iaitu dawai dipasang merentasi laluan terowong. Gila punya penyamun.

 

Gambar Mangsa Dan Perangkap Maut Di Laluan Motosikal KESAS

Tepat mengenai leher mangsa. Fuhh..

Kejadian berlaku kepada Anggota Ronda KESAS yang bertugas membuat Rondaan di lorong motosikal pada jam lebih kurang 5.35 pagi pada 21.10.2016.

Ringkasan kejadian adalah seperti berikut:

Laporan: Anggota Ronda Kesas cedera ringan dileher akibat terkena dawai direntang semasa rondaan, dipercayai perbuatan cubaan samun.

LIHAT JUGA:  (Terkini) Status Baru Pembuli Dalam 2 Video Buli Asrama

Tarikh: 21/10/2016

Masa: lebih kurang 0535hrs

Lokasi: km 49.7 terowong motorsikal awan kecil arah timur (Arah KL)

Rondaan yang dilakukan adalah Rondaan rutin yang dijalankan bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna terjamin disamping menjaga aset syarikat.

Penunggang motosikal juga adalah dibenarkan menggunakan laluan utama dari jam 1100 malam hingga 0600 pagi atas tujuan keselamatan.

Syukur kejadian cubaan sabotaj kepada pengguna lorong motosikal Kesas Highway dapat digagalkan walaupun mengakibatkan kecederaan kepada anggota Ronda Kesas.

Kami akan sentiasa memantau kegiatan ini laporan polis telah pun dibuat untuk tindakan lanjut.

Harap maklum.

via FB Info Roadblock JPJ/Polis
_ _ _ _ _ _

Macam mana ye nak elakkan benda macam ni? Korang rasa?

(Visited 85 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK