Oct 202016
 

Bongkar Trend Bodoh Universiti di Malaysia

Aktiviti semasa orientasi universiti di Malaysia ini adakala bagus dan adakalanya menjadi trend bodoh yang tidak masuk akal dan hanyalah pentas untuk menunjukkan sikap berlagak tuhan oleh senior-senior.

Seriously, memang ada kes contohnya universiti A ni yang dah lama bertapak, tapi penuh senior jenis berlagak tuhan.

Dan ada juga universiti B ni yang baru bertapak, tapi tiada senioriti atau jenis yang berlagak tuhan dan akhirnya universiti B ini lebih melangkah maju dan terbaik dalam segala aspek.

Apa pun, baca pendapat yang dibongkarkan dan dikongsikan oleh saudara Asrul Muzaffar Mohammed di facebooknya ini: 

 

TREND BODOH IPTA MALAYSIA

Cuma dak dak bodoh saja yang jadi fasilitator orientasi universiti kemudian denda juniors buat itu ini – menari, menyanyi, minta tandatangan seniors, redah sungai dan segala bagai. Minda kelas tiga.

“Kau kena buat baik dengan seniors nanti senang nak minta tolong bila time project…”

Tak faham dengan ‘adat’ universiti tempatan. Kenapa adanya kebergantungan seniors-juniors ini?

Bila dah masuk universiti, sepatutnya pandai berdikari. Nak minta tolong hal asrama, rumah sewa, sakit demam – mungkin. Tapi untuk kursus?

Mungkin saya biassed tapi tak pernah dengar pula pelajar Malaysia di luar negara yang ‘minta tolong senior’ untuk kursus, tak kira jurusan apa.

Orientasi senior-junior di universiti luar negara pun boleh dikatakan tak pernah didengar. Paling tidak, ada lawatan dan taklimat yang dianjurkan pentadbiran universiti atau Student Council secara professional.

Tapi tiada pula seniors universiti luar negara suruh juniors minta tandatangan, kena menari Chicken Dance, menyanyi lagu God Save The Queen atau meniarap di parking lot. Orang Malaysia saja yang buat perkara bangang sebegitu.

“Tapi juniors aksyen, berlagak, tak respek seniors”

Who the hell are you for people to give respect to? Respect has to be earned not forced. Ini dah macam seniority dalam UMNO saja.

Saya harap future facilitators orientasi universiti tempatan akan merubah tradisi bodoh ini. Hentikanlah trend denda, ambil tandatangan seniors, joget bagai tu.

Selain buat juniors marah dan berdendam, ianya mencerminkan minda anda yang tak intelektual langsung (2016)

via fb Asrul Muzaffar Mohammed

Apa pendapat anda? Setuju? Atau ada pengalaman kena buli?

LIHAT JUGA:  (Artikel) Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Pembunuh Lebuhraya

Jangan malu untuk kongsi di ruangan komen di bawah.

(Visited 195 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK