Oct 122016
 

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

Hari ini 12 Oktober 2016 telah berlaku satu kebakaran di SMK Tengku Suleiman, Perlis.

Beberapa gambar telah dikongsi oleh seorang pengguna twitter; Putra ™ (@hsceriaa) dan sumber terdekat.

**Update terbaru berita dari media tempatan**

Padang Besar: Seramai 208 pelajar yang sedang menduduki ujian Pentaksiran Tingkata 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman, gempar seketika apabila berlaku kebakaran makmal komputer di sekolah terbabit, hari ini.

Dalam kejadian 11.55 pagi itu semua pelajar terbabit sedang menduduki kertas Pendidikan Islam di dewan yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kebakaran.

Pengarah Pendidikan negeri Izmi Ismail berkata, kejadian menyebabkan peperiksaan terpaksa dihentikan selama 40 minit selepas pihaknya menerima arahan pihak bomba.

“Peperiksaan ditangguhkan sekitar 12.20 tengah hari sebelum disambung pada 1 tengah hari selepas mendapat kebenaran bomba.

“Sepanjang tempoh itu, semua pelajar PT3 dikuarantin di lokasi yang selamat sebelum dibawa masuk semula ke dewan peperiksaan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mohd Fadzil Haroon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.08 tengah hari.

Katanya, 21 anggota dan pegawai dari masing-masing dari Balai Bomba Kangar, Padang Besar dan Kuala Perlis mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengawal kebakaran.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Setakat ini hanya dua bilik iaitu makmal komputer dan bilik masakan hangus terbakar. Punca kejadian sedang dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 2:37 PM

Berikut adalah gambar semasa dan selepas kebakaran di sekolah tersebut: 

 

LIHAT JUGA:  (Panas) Gambar Bukti Pegawai DBKL Tak Beradab??

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis 10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

 

 

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

 

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

10 Gambar Kebakaran di SMK Tengku Suleiman Perlis

Diharap semuanya selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

(Visited 271 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK