Aug 152016
 

Tips Cara Bersihkan Rumah Dengan Betul dan Berkesan

Jika hujung minggu anda dihabiskan dengan mengemas dan membersihkan rumah, bolehlah cuba 7 tips dan cara bersihkan rumah yang betul dan berkesan ini.

Mungkin ada tips yang belum anda tahu. Semoga bermanfaat! 

1. SUPAYA HABUK TIDAK MELEKAT PADA PERABOT

Lap perabot dengan menggunakan bancuhan air dan softener pakaian dengan kadar 1:10 atau 1 bahagian softener dengan 10 bahagian air.

2. KILATKAN LANTAI RUMAH SEKILAT-KILATNYA

Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.

3. MEWANGIKAN RUMAH

Campur softener dengan cuka. Kemudian spray di sekeliling rumah anda seperti di langsir-langsir dan sofa-sofa jenis fabrik.

Bau wangi akan tahan lebih lama.

4. MENYEGARKAN BILIK AIR

Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut ke sekitar bilik air anda.

5. WANGIKAN PETI AIS

Matikan suis. Keluarkan semua isi dan makanan dari peti ais. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.

LIHAT JUGA:  (Tips) Petua Legakan Batuk Dan Selsema

Selepas kering, sapu sedikit esen vanila ros pada tuala tadi dan sapukan pada keseluruhan peti ais.

Tutup peti ais selama 30 minit sebelum memasukkan semula isi dan makanan ke dalamnya.

6. HILANGKAN KOTORAN SINKI ‘STAINLESS STEEL

Potong lemon menjadi dua, kemudian gunakan lemon tersebut untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki.

Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi terpakai. Kemudian bilas dengan air panas.

7. HILANGKAN BAU BILIK ATAU RUMAH YANG BARU DI CAT

Ambil bawang besar dan potong kepada dua bahagian.

Letak di penjuru bilik atau rumah dan biarkan semalaman.

Bau cat akan hilang dengan segera.

_ _ _ _ _ _

Share jika bermanfaat :)

(Visited 5,382 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK