Aug 192016
 

Info 28 Fakta Tentang Pulau Tioman

Pulau Tioman sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia.

Sebelum berkunjung ke sana, apa kata baca dulu beberapa info dan fakta menarik tentang Pulau Tioman ini: 

  1. Pulau Tioman adalah sebuah pulau yang terletak di perairan daerah Rompin, Pahang.
  2. Ianya berkeluasan hanya 468 kilometer persegi
  3. Kira-kira 90 peratus Pulau Tioman adalah kawasan hutan
  4. Ianya juga dikelilingi oleh lapan pulau kecil
  5. Menjadi antara lokasi kegemaran untuk aktiviti selam skuba dan snorkelling
  6. Mempunyai 10 buah kampung yang berpenghuni
  7. Penduduk tetap pulau Tioman adalah sebanyak 3314 orang
  8. Hampir 100 peratus penduduk kampung terlibat dalam industri pelancongan

Info tambahan: BAGAIMANA CARA UNTUK KE PULAU TIOMAN?

  • Pulau Tioman boleh dilawat dengan menaiki feri atau pesawat ringan
  • Jika menaiki feri, pengunjung perlu mengambil feri dari Tanjong Gemok di Kuantan, Pahang atau dari Jeti Mersing, Johor
  • Harga tiket feri satu hala ke Pulau Tioman adalah sekitar RM35 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak
  • Perjalanan menaiki feri dari Jeti Tanjong Gemok ke Pulau Tioman mengambil masa kita-kira satu setengah jam
  • Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjong Gemuk mengambil masa selama lima setengah jam jika menaiki kereta
  • Perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Tanjong Gemuk pula mengambil masa selama kira-kira dua jam jika menaiki kereta

BILAKAH MASA TERBAIK UNTUK BERCUTI DI PULAU TIOMAN?

  • Bulan Mei adalah permulaan waktu melawat Pulau Tioman yang terbaik kerana ketenangan dan keindahan suasana tropika adalah di tahap maksimum pada ketika ini. Tempahan penginapan juga boleh dibuat seawal bulan Februari.
  • Sebaiknya bulan Jun atau Julai kerana waktu ini cuaca agak baik dan langit sentiasa cerah dengan cahaya matahari. Kos penginapan juga murah kerana ianya bukanlah waktu cuti sekolah atau cuti panjang di Malaysia.
  • Bulan Ogos juga sesuai bagi peminat selam skuba dan snorkelling kerana cuaca panas menyebabkan suhu laut bertambah menyebabkan hidupan laut semakin bertambah serta aktif.
  • Bagi yang inginkan ketenangan dan kurang gangguan, bulan September adalah bulan terbaik untuk berkunjung ke sini kerana musim monsun hampir tiba dan ramai pengunjung sudah pulang. Kebanyakan peminat selam skuba dan snorkelling akan berkurangan kerana keadaan laut yang mula bergelora. Tempahan penginapan juga mudah dilakukan pada bulan yang sama.
  • Perlu diingatkan bahawa cuaca buruk dan keadaan laut bergelora akan melanda pulau Tioman pada bulan November hingga Februari. Kebanyakan penginapan dan khidmat feri akan ditutup atas faktor keselamatan. Aktiviti pelancongan juga tidak berjalan sepanjang bulan ini.
Peta Pulau Tioman

Peta Pulau Tioman

APAKAH AKTIVITI YANG MENARIK BOLEH DIBUAT DI PULAU TIOMAN?

  1. Bersantai di Pantai Paya
  2. Mengikuti kelas menyelam termasuk mendapatkan lesen menyelam dengan angaraan bayaran RM1000
  3. Nikmati keindahan alam termasuk beberapa lokasi air terjun seperti air terjun Asah yang terletak 6 kilometer dari kampung Mukut
  4. Menikmati keindahan pemandangan matahari jatuh di Berjaya Tioman Resort. Sukan golf juga ada disediakan di sini.
  5. Menikmati makanan tempatan yang sememangnya menyelerakan
  6. Jangan lupa membeli cenderahati dari Pulau Tioman untuk dibawa pulang
  7. Berjalan-jalan di sekitar pulau atau boleh juga jungle-trekking. Antara tempat menarik untuk berjalan-jalan adalah Kampung Tekek, Air Batang, Salang, Juara, Mukut & Nipah.
  8. Melawat pusat pembiakan penyu di Juara Turtle Hatchery.
  9. Nikmati suasana malam yang tenang dengan langit yang sentiasa berbumbungkan bintang.
  10. Memancing juga dibenarkan di pulau ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menangkap beberapa ekor ikan sebagai kenangan sambil menikmati pemandangan sekeliling yang cukup indah.

Jika anda sedang bercuti dan ingin berjalan-jalan merehatkan diri, bolehlah ke Pulau Tioman, Pahang.

(Visited 178 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Penting! 3 Sebab Utama Kenapa Kenderaan Mudah Terbakar!

LIKE KAMI DI FACEBOOK