Aug 272016
 

Cara Bayar Bil Online Telekom Melalui CIMB Clicks

Pembayaran bil seperti Telekom secara online sememangnya mudah tanpa perlu ke kaunter dan beratur. Salah satu cara bayar bil online adalah melalui CIMB Clicks.

Sebelum itu, pastikan syarikat utiliti anda ada disenaraikan dalam senarai penerima bayaran bil dalam laman web CIMB Clicks.

Berikut adalah langkah membayar bil TM secara online melalui CIMB Clicks: 

1) Login ke CIMB Clicks seperti biasa.

2) Luncurkan mouse ke pautan ‘Pay ?’ dan klik tab ‘Bills’

Cara Bayar Bil Online Telekom Melalui CIMB Clicks

3) Anda akan dibawa ke paparan seperti berikut:

Cara Bayar Bil Online Telekom Melalui CIMB Clicks

Di ruangan ‘From:’, pilih akaun cimb yang anda ingin gunakan untuk membayar bil tersebut.

Di ruangan bawah klik butang ‘CIMB Clicks’, taip “Telekom” dan satu kotak suggestion akan timbul. Klik sahaja ‘Telekom Malaysia Berhad’

 

4) Serentak dengan itu, satu skrin pop-up akan timbul seperti berikut:

Cara Bayar Bil Online Telekom Melalui CIMB Clicks

Isi nombor akaun bil Telekom anda. Juga masukkan jumlah bayaran yang ingin dibayar di bahagian bawah.

Bagi yang tak tahu, Bill Account Number boleh didapati di bahagian atas penyata anda seperti berikut:

Cara Bayar Bil Online Telekom Melalui CIMB Clicks

*Untuk memudahkan bayaran seterusnya, bolehlah tambah nombor bil ini ke dalam senarai ‘My Favourites’ dan masukkan nama bil yang anda mahukan. Pilihan bayaran untuk bill favourites inii boleh dipilih semasa langkah ke 3.

LIHAT JUGA:  (Info) Kenapa Perfume Dan Minyak Wangi Reject Lebih Murah?

Cara Bayar Bil Online Telekom Melalui CIMB Clicks

Setelah selesai mengisi, klik ‘Proceed to payment’

5) Satu paparan ‘Confirmation’ akan timbul seperti berikut:

Cara Bayar Bil Online Telekom Melalui CIMB Clicks

Langkah seterusnya adalah mendapatkan TAC code. Secara defaultnya, anda boleh mendapatkan kod TAC secara ‘TAC on mobile’ iaitu melalui apps CIMB Clicks di smartphone anda dan taip terus di ruangan kosong tersebut.

Namun, jika anda ingin TAC code dihantar melalui SMS ke handphone anda, klik pautan ‘here’ dan klik ‘TAC on SMS’.

Cara Bayar Bil Online Telekom Melalui CIMB Clicks

Setelah mendapat sms 6 digit nombor kod TAC, taip nombor tersebut ke dalam ruangan yang disediakan.

Selepas itu, klik ‘Confirm’.

Setelah itu, satu paparan ‘Acknowledgement’ akan keluar menandakan bayaran berjaya dibuat.

Cara Bayar Bil Online Telekom Melalui CIMB Clicks

Jika ingin simpan/save, cetak atau dapatkan resit bayaran rasmi, boleh sahaja klik ‘Print’.

Jika ingin keluar dan ke homepage, klik saja Ok.

Mudah bukan. Tak perlu lag bersusah payah menghabiskan tenaga untuk ke pejabat pos atau TM point yang berdekatan.

Juga tiada bayaran perkhidmatan dikenakan untuk bayaran atas talian ini. Terbaik!

Share jika bermanfaat!

(Visited 274 times, 3 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK