Jul 272016
 

Info 8 Khasiat Dan Kegunaan Sirih Yang Jarang Orang Tahu

Seringkali kita melihat sirih atau lebih dikenali sebagai daun sireh dimakan oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik.

Ianya juga digunakan semasa sesi meminang di rumah bakal mertua.

Namun tahukah anda apakah khasiat sebenar dan kegunaan yang terdapat dalam tumbuhan bernama sireh ini?

Kalau belum tahu, bolehlah baca rahsia khasiat sireh yang jarang orang tahu di bawah ni: 

1. Ubat Asma

Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

2. Menghilangkan Bau Badan

Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas pada badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

3. Hidung Berdarah

Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan ke hidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

4. Sakit Gigi

Kunyah sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

LIHAT JUGA:  (Senarai) 14 Kes Misteri Yang Popular Di Malaysia

5. Demam Panas

Tiga helai daun sirih diramas dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

6. Ruam peluh

Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

7. Batuk Berkahak dan Tidak Berkahak

Ambil segenggam daun sirih yang masih segar, cuci bersih semua lembaran daun.

Rebus dalam dua gelas air, tambahkan pula potongan jahe agar memberikan rasa sedikit pedas.

Tunggu hingga air tersisa satu gelas, barulah minum satu hari sekali

8. Ulser Mulut

Sediakan tiga lembar daun sirih, cuci bersih dan rebus hingga layu.

Lumatkan hasil rebusan daun, setelah itu tempelkan pada bibir atau lidah yang terdapat sariawan.

Jika ulser terasa membaik, lakukan terus hingga sembuh.

_ _ _ _ _ _

Jika anda tahu khasiat dan kegunaannya yang lain yang tidak ditulis di atas, bolehlah berkongsi di ruangan komen di bawah. Semoga bermanfaat!

(Visited 69 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK