Jun 022016
 

Review Razer Electra Gaming Headphones Selepas 3 tahun

Bagi kaki gaming pasti tidak asing lagi dengan jenama Razer.

Razer Electra headphone atau headset ialah sebuah lagi produk keluaran Razer dalam kategori audio gaming dan muzik. Ianya boleh dikatakan antara headphone yang paling basic dan termurah dari barisan headphone Razer namun kualitinya tetap terbaik untuk dimiliki. Apa yang boleh admin katakan tentang fon kepala ni?

Bagi yang belum tahu atau ingin membeli, ini adalah apa yang anda akan dapat: 

Review Razer Electra Gaming Headphones Selepas 3 tahun

Rekabentuk:

Dari segi rekabentuk, boleh dikatakan headphone ini agak besar dan tebal rangkanya. Bahagian atas rangka dilengkapi kemasan ‘kusyen’ dan kain kualiti tinggi yang tahan lama (sehingga hari ini masih belum ada kesan luntur atau koyak) dan di’cop’kan dengan perkataan ‘RAZER’.

Review Razer Electra Gaming Headphones Selepas 3 tahun 2

Bahagian cup bersaiz 55mm pula dilihat agak besar kerana dilengkapi driver bersaiz 40mm. Namun ada berita tidak gembira tentang cup ini yang terjadi baru-baru ini. Boleh baca di bahagian bawah sekali apa yang berlaku.

Review Razer Electra Gaming Headphones Selepas 3 tahun 1

 

Keselesaan:

Walaupun dilihat agak besar, namun ianya agak ringan dengan hanya seberat 284 gram. Pemakaiannya juga agak selesa kerana pada bahagian lapik kepala di rangka atas dilengkapi fabrik berkusyen yang agak tebal dan selesa serta tidak meninggalkan kesan peluh.

Manakala pada bahagian ‘cup’ telinga pula, ianya dilengkapi pad kusyen yang sangat tebal dan disaluti dengan kulit sintetik yang lembut dan selesa. Ini untuk menghalang bunyi dari keluar dan menghalang bunyi luar dari masuk ke telinga. Selain itu, saiz cup yang besar membolehkan ianya melekap muat di sekeliling telinga tanpa menghempap telinga (yang mana agak menyakitkan jika dipakai terlalu lama).

Saiz bukaan headphone ini juga boleh dilaras mengikut kehendak pengguna melalui sambungan antara cup dan rangka atas.

Review Razer Electra Gaming Headphones Selepas 3 tahun 4

Dengan penggunaan wayar tunggal yang disambung terus ke bahagian kiri cup, sememang tiada lagi masalah wayar yang memeningkan kepala dan menjerut leher. Sehingga hari ini, admin masih menggunakan wayar yang sama tanpa sebarang kerosakan. Wayar gantian juga masih ada tersimpan rapi dalam kotak.

LIHAT JUGA:  (Review) Lenovo Ideapad Z400 Touch Screen

 

Kualiti bunyi:

Jika anda peminat muzik, movie atau gaming yang sukakan audio berkualiti tinggi, headphone ini agak cemerlang untuk membawakan kualiti audio yang terbaik. Bunyi bass, layer bunyi dan getaran dentuman dapat didengar dengan jelas dan terbaik. Dan jika bermain game, bunyi tapak kaki yang jauh pun boleh didengari.

Menonton movie dengan menggunakan headphone ini pula agak memuaskan, pengalamannya hampir sama seperti menonton filem di pawagam yang dilengkapi sistem audio yang gempak.

Yang pasti hingga ke hari ini, bunyinya masih terbaik dan meletop tanpa ada penurunan kualiti bunyi. Masih sama seperti baru beli. Terbaik!

 

Perbandingan harga:

Sesuai dengan kedudukannya sebagai headphone basic namun mantap dalam barisan produk audio Razer, harganya pula pastilah antara yang termurah.

Harga pasaran semasa admin beli pada tahun 2013 adalah RM229. Pada tahun 2016 ini admin dapati harganya tidak banyak berubah masih dalam lingkungan Rm200.

Review Razer Electra Gaming Headphones Selepas 3 tahun 5

 

Maklumat lain:

  • Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu hitam sepenuhnya atau gabungan hijau Razer dan hitam.
  • Cable 3.5mm yang mempunyai mikrofon boleh digunakan pada iPhone atau peranti komunikasi lain untuk menerima panggilan
  • Bahagian plug salutan emas. Jadi sememangnya tahan lama.

Selepas 3 tahun:

Tiada perbezaan dari segi kualiti bunyi. Thumbs up buat razer yang berjaya menghasilkan produk berkualiti yang tahan lama.

Namun agak sedih kerana bahagian pelapiknya sudah mula memberi kesan koyak pada awal tahun ini. Admin ada mencari gantian cup ini yang mana ada dijual di laman web Lazada dengan harga serendah RM32. Mungkin akan digantikan sedikit masa lagi.

Berikut adalah keadaan headphones yang baru admin tangkap gambar hari ini setelah hampir 3 tahun menggunakannya.

Review Razer Electra Gaming Headphones Selepas 3 tahun

Review Razer Electra Gaming Headphones Selepas 3 tahun

Apapun ianya masih dalam keadaan terbaik, selesa dipakai dan masih mengekalkan kualiti bunyi yang mantap.

Recommended!


Nak test headphone? Guna playlist di bawah ni:

(Visited 36 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK