Jun 052016
 

Info Tarikh Mula Puasa Ramadan 2016 1437 H

Untuk info umat Islam di Malaysia, tarikh mula puasa untuk Ramadan 2016 atau 1437 hijrah dijangkakan bermula pada hari Isnin 6 Jun 2016.

Pengumuman rasmi dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan diketahui pada jam 8 malam Ahad ini.

*Keputusan rasmi telah diketahui. Berikut adalah ucapan pengumuman mula puasa yang diumumkan: 

Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh mula puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 6 Jun 2016 – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Info Tarikh Mula Puasa Ramadan 2016 1437 H



 

Apapun satu email awal yang admin terima dari Makkahcalender.org berkongsi bahawa kebanyakan negara dunia termasuk Malaysia akan mula berpuasa pada 6 Jun manakala sebilangan negara di Timur Asia dan  Oceania akan bermula pada 7 Jun 2016 seperti berikut:

Info Tarikh Mula Puasa Ramadan 2016 1437 H

Dan melalui senarai terkini yang dikeluarkan mereka, Malaysia adalah antara negara Asia yang dijangka akan mula berpuasa pada 6 Jun 2016.

LIHAT JUGA:  (Info) Tambahan Tiga Hari Cuti Sekolah Deepavali 2016

Info Tarikh Mula Puasa Ramadan 2016 1437 H

Info via Makkahcalender.org

Apapun selamat menunaikan ibadah puasa dari kami.

(Visited 47 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK