Feb 042016
 

TIPS Cara Basuh Uri Yang Betul Dan Bahan Yang Diperlukan

Bagi lelaki, anda patut tahu jenis tips dan cara basuh uri yang betul serta bahan-bahan yang diperlukan. Jika bukan anda, siapa lagi yang akan menguruskan uri isteri anda selepas beliau melahirkan anak.

Untuk pengetahuan, placenta atau uri merupakan satu organ yang terbentuk pada dinding rahim semasa seorang wanita mengandungkan anak. Kegunaan uri semasa wanita tersebut mengandung adalah membekalkan makanan dan zat kepada bayi serta membolehkan bayi tersebut melakukan proses perkumuhan (buang air kecil atau besar).

Berbalik kepada tajuk perkongsian ini, berikut adalah senarai bahan, langkah dan cara yang betul untuk menguruskan bahagian uri tersebut.

Bahan yang diperlukan untuk cucian dan pembungkusan:

  • Limau Nipis
  • Garam
  • Asam Jawa
  • Asam Keping
  • Plastik
  • Kain Putih (Napkin)

Cara basuh:

  1. Mulakan dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
  2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan darah tanpa menggunakan sabun.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
  4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
  5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
  6. Perahkan limau dan lumurkan limau tersebut. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
  7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput (debiogradable) seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
  8. Bungkus bersama kain putih dan diikat dengan kemas.
  9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatang seperti kucing, biawak atau apa saja binatang.
  10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, duit, lilin dan sebagainya dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.
  11. Kambus seperti biasa tanpa sebarang tanda.
LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2015 seluruh Malaysia

TIPS Cara Basuh Uri Yang Betul Dan Bahan Yang Diperlukan

Semoga bermanfaat untuk perkongsian bersama antara kaum adam. Ini tanggungjawab anda. Kena tahu.

Kalau tak ingat, boleh juga save halaman ini untuk rujukan masa depan.

(Visited 257 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK