Feb 222016
 

SINOPSIS PELAKON Hilangnya Kasih TV9

Malam ni 22 Februari 2016 akan ditayangkan satu telefilem bertajuk Hilangnya Kasih di TV9 dalam slot Skrin Di 9.

Untuk pengetahuan telefilem ini bersiaran pada jam 8.30 malam dan dibintangi oleh beberapa aktor dan aktres berbakat tanah air.

Berikut adalah sinopsis jalan cerita, senarai pelakon yang terlibat dalam menjayakan telefilem ini. Sedutan telefilem tersebut juga ada dikongsikan. 

SINOPSIS

Qaisara dan Fuad adalah pasangan suami isteri yang telah bercinta sejak di kolej lagi. Qaisara masih mempunyai kedua orang tuanya iaitu Pak Latif dan Mak Mah manakala Fuad adalah anak yatim. Kebahagian rumah tangga mereka direntap apabila suatu malam rumah mereka dimasuki pencuri. Berlaku pergelutan yang menyebabkan Fuad dipukul di kepala dan kakinya ditetak batang besi. Fuad berjaya diselamatkan namun dia disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu sakit mental. Dia dijaga oleh Qaisara dengan penuh kesabaran.

Sebulan berlalu, Qaisara kembali bekerja dan Fuad dijaga oleh Pak Latif dan Mak Mah. Disebabkan keadaan Fuad yang di luar kawalan, dia dikurung. Sehingga suatu hari, Fuad hilang pertimbangan dan berlaku satu perkara yang tidak diduga.

Apakah kejadian yang berlaku sehingga mengubah seluruh kehidupan Fuad dan Qaisara? Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Saksikan telefilem penuh ini di TV9 pada 2 Februari 2016 jam 8.30 malam.

PELAKON

Antara barisan pelakon berbakat dalam telefilem ini adalah:

  • Janna Nick sebagai Qaisara
  • Fezrul Khan sebagai Fuad
  • Normah Damanhuri sebagai Mak Mah
  • Hilal Azman sebagai Pak Latif
  • Balqish Semundur Khan
  • Eqbal Eisid

VIDEO PROMO

Jika ingin melihat video promo trailer telefilem Hilangnya Kasih ini, bolehlah tonton video di bawah:

 

 

 

TRIVIA

Tarikh tayangan: Isnin, 22 Februari 2016

Masa tayangan: 8.30 malam

Siaran: Skrin Di 9 (TV9)

Skrip: Shahremy Ikmal

Pengarah: Shuhaimi Lua

Terbitan: Tanah Beris Film Production Sdn Bhd

Semoga terhibur!

(Visited 71 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK