Feb 052016
 

ARTIKEL Dari Penjual Biasa kepada Usahawan Berjaya

Artikel yang dikongsi oleh saudara Munirah Fuzi tentang pengalaman beliau yang berubah dari seorang penjual biasa menjadi usahawan berjaya ini agak bernilai untuk dibaca dan dikongsi bersama.

Beliau yang dahulunya mula menceburi bidang perniagaan sejak diploma kini masih lagi aktif dalam bidang yang sama dan mula membimbing anak buahnya untuk mengikuti jejak langkah beliau.

Berikut adalah artikel yang dikongsikan beliau di facebook dengan tajuk “Kisah aku dan dunia bisnes sebenar”.

_ _ _ _ _ _ _

Dulu, minat sangat berniaga sejak diploma lagi.
Bagitau je la nak bisnes apa, akulah heroin tukang jual.
Pernah nota aku sendiri tulis every sem tu juga aku fotostat jual kat junior.
Pendapatan tambahan dapat sampai RM1000 lebih, even masa tu dapat je biasiswa JPA.

Masa mula-mula masuk degree, aku bukan penting sangat bab nak dapat dekan.
Meby sebab dah achieve ANC time diploma, so rasa cukup jelah.
Tukar pada benda yang lebih penting.
Iaitu macamana nak survive di Shah Alam, bandar besar.
Tanpa biasiswa, tanpa pinjaman PTPTN.

So, aku bawak satu set mixer, dan sebakul barang-barang bakery.
Dengan motif supaya ini jadi aset untuk kekal survive sana.
Masa tu, ayah cuma bagi RM50 sebulan. Tahun 2011.
Aku sendiri pun kena juga push diri untuk cari pendapatan lain.

Tanyalah housemate lama,
Takde masa aku yang free.
Semua penuh dengan jadual buat doorgift.

Aku masa tu dah get ready, set mindset aku terus.
Kebarangkalian aku dapat kerja dengan tahap kompetitif tahun-tahun kebelakangan ni dan senior-yang masih tak dapat kerja, aku risau jugak dengan life cost aku yang tinggi, aku pulak bila dah setahun degree sambil buat bisnes, dah selesa dengan duit beribu sebulan dapat.
Life cost aku dah mampu pakai kereta myvi dan duduk kat apartment, dan semuanya tanggung sendiri.

Masa degree je pendapatan dah lebih RM5k sebulan.
Aku banyak buat service candy buffet dan doorgift.
Kawan-kawan pun aku hire jadi pekerja.
Paling special housemate jadi mangsa kerja part time dengan aku.

Lepas degree, aku rasa bosan berniaga tahap tu. Memang masuk magazine dan tv, tapi aku rasa tepu buat benda sama.
Akulah yang buat doorgift, akulah yang jaga marketing.
Akulah jumpa sana sini.

Lepas tu, aku makin lama rasa makin down,
Padahal bisnes okay je, aku tengok orang-orang berjaya.
Diorang pergi jauh.
Tapi macamana nak pergi sejauh tu? Ada kilang, office sendiri.
Aku belajar satu perkara lagi.

Yang sebenarnya aku pandai jual je. Tapi aku tak pandai jadi orang bisnes. Maka bermula satu benda baru dalam hidup aku iaitu, belajar tentang dunia Bisnes.

Selama 2 Tahun aku belajar melalui pengalaman dan kelas-kelas yang aku ikut, banyak aku nak bagitau, tapi aku summarykan 4 perkara ni dulu.

1. LEVERAGE.

Leverage ni macam lever. Nanti boleh google gambar tuas.
Macam bentuk jongkang jongkit tu. Leverage yang maksudkan ni lebih kepada guna kuasa/power/usaha orang lain untuk bantu kita lagi jauh ke depan.

Contohnya aku guna tenaga dan beli masa orang lain supaya aku dapat tumpukan kerja-kerja sebenar aku sebagai orang bisnes.

Aku belajar yang aku ada limited capacity dari segi tenaga dan masa.
Aku cepat penat, tapi aku pandai berniaga.
Aku guna dan beli masa kawan aku tu, untuk dia buat kerja messy2 leceh2 renyah2 ni.

Aku beli masa kawan dengan bagi bayaran upah. Hasil beli, aku dapat tambahan 24 jam lagi. So, aku ada 48 jam sekarang. 24 dari 48 jam sudah boleh fokus pada operation dan production. 24 jam baki lagi iaitu milik aku boleh buat kerja-kerja administration dan marketing.

2. REZEKI

Aku mula-mula risau tentang kemahiran yang diturunkan ni, nanti kalau orang lain tiru, kita dapat saingan dah.
Aku juga risau kita sibuk bisnes nanti later dia pulak nak sibuk bisnes.
Tapi hakikatnya ni semua tanggapan aku semata-mata.
Aku tak perlu nak risau, kalau kita betul-betul serahkan soal rezeki pada Allah.
Bagi aku, kalau ada 10 juta orang nak jual doorgift pun, juallah.
Tapi rezeki Allah kan luas. Mana yang beli dengan aku tu rezeki aku lah.

Soal nanti staff kita sibuk nak buat bisnes pulak.
Kita seawal nak hire dia jaga production, operation, ini semua under control kita.
Seawal lagi kita boleh katakan dengan dia untuk fokus pada kerja. Sebenarnya kita patut bersyukur bantu orang lain naikkan skill dia, dapat bantu wujudkan pekerjaan. Buat dia boleh jadi macam kita juga.

3. MARKET

Aku suka gunakan statistic untuk create awareness/kesedaran pada diri dan bisnes yang market malaysia ini besar.
Malaysia ada lebih kurang 30 juta rakyat.
Dalam setiap negeri saja ada lebih kurang 4-5 juta rakyat.

LIHAT JUGA:  (Bongkar) Trend Bodoh Universiti di Malaysia

Fokuskan produk kita kepada niche market/maksudnya market yang lebih tepat.
Contohnya yang selalu beli doorgift ialah orang yang akan buat event. Contoh event ialah aqiqah, nikah, wedding, gift.
Tapi frequency orang yang beli banyak ialah orang kahwin.

Kita ambil statistic orang kahwin.
Dalam setahun di malaysia, orang kahwin 100,000 hingga 150,000 orang kahwin.
Ambil 5% saja yang kita rasa kita mampu nak closing/dapat order ialah 7,500 order setahun.
Itu baru 5% saja, Belum 95% pun lagi dapat target.

Katakanlah, sekali orang beli dengan kita, minimum RM 20.

Sales: 7500 Order x RM20 = RM150,000 setahun dah kita dapat.
Cost: 7500 order x RM5 = RM37,500.
Profit: RM150,000 – RM37,500 = RM112,500.

RM112,500 bahagi 12 bulan: RM9,375 duit bersih nak dapat sebulan

Aku juga belajar yang marketing dan kerja management adalah kerja yang sangat penting berbanding production.
Kalau kita tak dapat order, macamana nak buat duit.
Contohnya, kalau staff pun sibuk nak berniaga, takpalah 5% lagi dia target. Itu pun tak cukup tangan dah.

Supply barang boleh kita cari, staff pun boleh.

4. TUGAS ORANG BISNES SEBENAR

Setelah lalui beberapa fasa nak tahu sangat tentang dunia bisnes sebenar, aku belajar yang dunia bisnes ini sangat besar.
Banyak sangat perkara kena tahu, kena belajar, dan learning process tu takkan boleh berhenti sampai kita mati.

Orang Bisnes dan Orang yang Urus Bisnes adalah 2 benda berbeza.
Kita boleh upah orang untuk buat pengurusan (management atau marketing) tapi kerja hakiki orang bisnes sebenar itu apa?
Aku mulakan dengan networking bersama orang bisnes.
Dalam bisnes perlu mentor, ilmu, system, tindakan, dan impian.

Perhalusi setiap satu. Kenapa perlu ada mentor?
Sebab kita nak ada comparison, perbandingan sejauh mana kita mahu pergi. Mentor dalam industri kita dan luar industri kita.

Apa maksud dalam dan luar? Dalam industri ialah supaya kita nampak bidang ini kita ini.
Ada orang yang boleh ajar kita supaya jadi macam dia juga.
Cari orang itu, dan belajar dengan dia.
Selaluya orang bisnes yang dah berjaya tak lokek pun ilmu.
Yang baru nak start ini yang lokek sangat ilmu.
Ilmu tu pun belum tentu betul.
Belajar dengan orang yang ada proven success / bukti dah berjaya.

Mentor luar bidang ialah orang yang dalam bidang lain juga dah berjaya.
Satu supaya dia dapat lihat sejauh mana industri kita mampu pergi, ibarat orang yang lihat rumah kita dari luar rumah.
Kita rasa kita duduk dalam rumah, rumah kita dah cantik, tapi sebenarnya orang dari luar rumah nampak yang banyak lubang-lubang perlu tutup lagi.

Cari guru. Jadi otak yang boleh filter.

Ilmu

Ilmu tentang

  1.  business development dan
  2. organizational development.

Dua perkara yang sangat berbeza.

Business development ibarat membina facade-facade rumah, dinding, lantai, atap.

Organizational Development ialah kerja-kerja maintenance, mencantikkan lagi rumah, orang dalam rumah tu diajar ikut adab dan tertib, agak rumah itu kekal menjadi sebuah rumah,
tak runtuh, kekal harmoni sejangkau bertahun lamanya.

Dalam business development seperti marketing, human resource, administration, financial, management, operation.

Organizational Development ialah bagaimana buat team kekal utuh, setakat mana bisnes mampu pergi,
bagaimana buat bisnes itu keluar masuk staff pun boleh running lagi macam biasa,
bagaimana buat bisnes kekal stabil walau ekonomi dunia bagi impact pada negara.

System

System ialah seperti yang aku katakan tadi tentang business develepment.

Bagaimana buat bisnes running tanpa ada kita disisi? Ada caranya.

Tindakan

Works hard but work smart.

Impian

Letak sejauh mana impian kita nak, walau tak terjangkau akal.
Dalam masa setahun, aku banyak tulis perkara tak terjangkau akal, tapi Allah izinkan terjadi.

Duduk dengan millionaires, jadi kawan-kawan rapat, belajar direct dengan mentor sebenar.

Jadi team leadership consultancy untuk korporat dibawah Annems Leadership.

Dan tubuhnya syarikat aku sendiri. Arkadius.

Itu semua dalam tulisan 101 impian. The truth is, Allah listen to you, Tapi tell Him. Through writing. Through doa. Bagitau. Bagitau. Penting soal bagitau ini.

—–

Terima kasih untuk guru-guru yang aku tak pernah jumpa, dan selalu ada disisi. Guru yang ibarat ayah Dato Roslan Ab Hamid, guru yang banyak memberi inspirasi saat aku rasa down Dr Azizan Osman, guru yang aku baca patah katanya Puan Guru Ainon dan ibu guru yang aku telah jatuh cinta dengan ilmu dan dirinya, Ibu Faridah Hanim Haron.

Buat rakan-rakan, macam abang dan kakak sudah. Terima kasih juga sebab sangat kasih akan adik seorang ini.

Redhakan atas segala ilmu ya

—–
Buat rakan yang dah buat aku tersedar pagi tadi, terima kasih. Banyak perkara yang aku perlu kongsi rupanya.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Artikel via facebook Munirah Fuzi

(Visited 235 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK