Jan 262016
 

SENARAI 10 Tips Mudah Jadi Orang Kaya

Senarai 10 tips mudah jadi orang kaya ini pasti mampu dicuba oleh sesiapa sahaja. InsyaAllah murah rezeki kita semua.

Tips ini dikongsi di facebook oleh saudara Raja Muhammad Mursyid. Semoga bermanfaat:

_ _ _ _ _ _

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni: 

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan sahaja duit balance yang seringgit dua/sen tu sebagai tips kepada mereka yang serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yang mana akan makbul. Mereka yang berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana-mana surau atau masjid, jangan lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR untuk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar seperti Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sangat mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam permainan / toys boleh beli kat sana. Sambil tu boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada pergi Toys r Us, RM10 je habis buat bayar parking.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi. Tak semua orang berpeluang naik teksi dan jadi penumpang.

LIHAT JUGA:  (Tips) 4 Idea Berjimat Jika Melancong ke Cameron Highlands

7. Adakala kita tengah queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli jajan atau gula-gula, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok-tengok la orang sekeliling. Ada yang singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pun macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan, sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yang mana yang patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka. Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalau buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

_ _ _ _ _

Artikel ini telah diolah semula dengan penggunaan perkataan yang penuh sesuai dengan pembacaan semua.

(Visited 108 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK