Jan 122016
 

Review KFC Wasabi Rice Wrap

Beberapa hari lepas, admin berkesempatan mencuba hidangan terbaru KFC iaitu Wasabi Rice Wrap. Sebelum ini pun kami ada membuat review Zinger Rice Wrap yang mana ianya juga sedap dan berbaloi untuk dimakan.

Bagaimana pula dengan Wasabi Rice Wrap ini? 

Untuk pengetahuan, hidangan ini admin beli di KFC Jalan Bukit Lagi, Kangar, Perlis pada 6 Januari 2016 sekitar jam 4 petang.

Review KFC Wasabi Rice Wrap

Hidangan combo berserta air gas dan Crispier Fries

Saiz

Agak memikat selera apabila melihas balutan roti tortila tersebut yang besar. Saiznya lebih besar dari wang kertas RM1.

Review KFC Wasabi Rice Wrap

 

Dari pengamatan admin, antara bahan yang digunakan adalah:

  • roti tortila
  • nasi ayam KFC
  • seaweed
  • ayam zinger rangup
  • sos mayonis yang dicampur wasabi
  • timun
  • tomato

Review KFC Wasabi Rice Wrap

Rasanya?

Untuk gigitan pertama juga anda sudah dapat merasa kehangatan wasabi yang terdapat dalam campuran nasi dan mayonis wasabi. Ianya pasti membuatkan kita teringat pada rasa sushi yang selalu kita makan. Ditambah pula dengan kerangupan ayam goreng zinger sudah cukup untuk memuaskan deria rasa anda.

LIHAT JUGA:  (Burger King) Terbaru! Spicy Tender Crisp Burger Untuk Dicuba!

Untuk memberikan keseimbangan khasiat, terdapat juga hirisan dadu timun dan tomato. Pada keseluruhannya ianya satu pengalaman baru menikmati rasa hidangan jepun seperti berkonsepkan sushi.

Review KFC Wasabi Rice Wrap

Kebetulan review Zinger Rice Wrap yang lepas pun admin ada sebut bahawa ianya rasa seperti sushi. Mungkin dengan hidangan terbaru ini KFC berjaya memberikan rasa yang lebih dekat dengan rasa sushi. Terbaik!

Harga

Harga KFC Wasabi Rice Wrap ini hanyalah berharga RM8.90 bagi hidangan combo berserta air gas dan crispier fries.

Manakala untuk pembelian ala-carte ianya berharga RM 5.90 sahaja.

Review KFC Wasabi Rice Wrap

Resit pembelian admin

Jadi, jika anda adalah peminat sushi atau ingin merasai rasa hidangan ala jepun, bolehlah terjah restoran KFC yang berdekatan dan order hidangan ini. Memang sedap dan berbaloi!

(Visited 94 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK