Jan 102016
 

ARTIKEL Kenapa Filem Kita Tak Mampu Setaraf Filem Barat

Mungkin benar artikel tentang kenapa filem dari Malaysia tak mampu setaraf dengan filem barat ini. Ianya diluahkan oleh seorang pengguna facebook bernama Shuhaimi Zulkefli.

Bolehlah baca dan fahamkan kenapa kita tak boleh bandingkan filem kita dengan filem luar dari terutamanya dari barat mahupun Bollywood. 

_ _ _ _ _

Hampa penonton Malaysia cakap pakai ayaq liuq boleh la. Tapi perangai copy, paste, download jugak. Bukan nak hargai bayaq tiket wayang hasil kerja filem kita.

Nak cakap biaq pakai otak. Tak payah bandingkan filem Malaysia dgn filem Eropah & US lah.

Filem Malaysia kutipan paling hebat POLISEVO pun kos pembikinan sekitar RM4 juta. PUTERI GUNUNG LEDANG rekod tertinggi kos pembikinannya RM20 juta.

Lepas tu korang nak bandingkan dgn filem AVATAR yg kos pembikinan pun dah cecah USD $237 juta – convert lah sndiri. USD $237 juta (bersamaan RM1,038,877,650 billion) boleh buat berapa ratus buah filem Malaysia pelbagai tajuk!

BEZA MALAYSIA, HOLLYWOOD, BOLLYWOOD.

Negara India masyarakatnya cintakan Filem & Pawagam. Negara besar. Rakyat Padat. Hiburan kepada tekanan hidup diorang, ke panggung wayang.

Negara besar macam USA plak berapa keluasan dia. Takkan itu pun nak ajaq!

Filem Malaysia hanya mampu untuk pasaran Malaysia.

Sebab?

USA = 40,000 panggung wayang.

India = 14,000 panggung wayang.

Malaysia = 150 panggung wayang ja.

Seluruh negara panggung wayang kita tak sampai 150 buah pun (termasuk GSC, TGV, MBO atau yang swasta punya) FINAS

Bandingkanlah.

Sekali Producer Hollywood, Bollywood buat filem, berkali-kali depa akan buat filem yang gila bapak punya lagi hebat, dengan gunapakai keuntungan berlipat ganda hasil kutipan filem pertama. Market depa luas.

Malaysia besaq biskut meri ja.

PRODUCER TAKUT

Satu filem Malaysia yang ditayangkan, producer hanya mampu beli dalam 30-60 buah panggung ja utk tayangkan filem depa seluruh Malaysia. Sebab tu sesetengah panggung xda tayangan.

Tak dak sapa pun producer mampu & berani beli tayangan utk filem dia ke semua pawagam Malaysia (150 buah panggung) sebab budget xdak dan ikut kawasan target bangsa penonton.

Tak percaya pi meseg inbox tanya Astro Shaw Sdn Bhd berapa panggung wayang dia tayang filem LANGIT CINTA. Kalau baca berita majlis pelancaran filem terbaru, mata tu rajinlah skit cari berapa jumlah tayangan pawagam dia. Semua ada kat website FINAS.

Pastu hang yang pergi pawagam pun tak support filem Malaysia. Pui!

Satu lagi, masalah perkauman. Tak ramai Melayu nak masuk panggung tengok filem Kantonis tempatan. Filem Tamil macam JAGAT, nak beli tiket pun, budak kaunter menjerit terkejut, “…bang, ini filem tamil…” Filem Melayu plak, bangsa lain tak percaya dah filem Melayu best, sebab depa ‘terkena’ dengan banyak filem melayu sebelum nie low quality.

Tapi, sangat pelik bila kutipan filem Hollywood boleh dapat RM22juta seluruh Malaysia. Dalam panggung semua bangsa ada. Sehati Sejiwa.

Zaman dulu, bila filem tak laku, syarikat panggung wayang berhak tendang keluar filem tu dari list tayangan. Abih terduduk penerbit baru nak naik, sebab xsempat filem nak balik modal.

Siap penerbit tu beli tiket satu panggung penuh setiap hari! Semata2 nak filem dia kekal bertahan hingga Sabtu Ahad. Aku tau la, sebab aku kerja GSC IOI MALL selama 6 tahun dulu. Orang beli tiket, full seating, masuk panggung dia sorang ja. Keluar membebel takut.

Zaman laa nie, kerajaan melalui FINAS wajibkan SYARAT WAJIB TAYANG setiap filem selama 14 hari, nak selamatkan penerbit laa dari rugi. penerbit rugi, krew filem macam kami tak makan nasik dah laaaa!

Baca sendiri: Skim Wajib Tayang | wikipedia

Pastu nak harap jual DVD? Hang hidup zaman bila nie… mungkin boleh harap kutipan ASTRO FIRST sebab rata-rata keluarga tak suka keluar ke panggung sebab agama dan harga tiket.

Ramai rakyat Malaysia lebih rela beli sekampit beras boleh makan sebulan dengan harga yang sama untuk 2 tiket wayang.

HASIL KUTIPAN

Hasil kutipan tiket panggung plak bahagi 50-50.

LIHAT JUGA:  (Info) 8 Khasiat Dan Kegunaan Sirih Yang Jarang Orang Tahu

Kalau POLISEVO bangga dapat RM17 juta, bukan producer dapat semua duit tu, bahagi 50% plak kat syarikat panggung wayang. tolak pi mai pi mai untung bersih penerbit POLISEVO boleh dapat pun RM6 juta laa katakan..

Dengan RM6 juta tu hampa mintak Malaysia buat filem macam AVATAR, TRANSFORMERS ???

Itu baru POLISEVO. Ada hampa pikiaq pasal penerbit filem lain yang xlaku? Ada sejarah kutipan panggung pun RM10,000 ja selama 2 minggu tayangan. Padahal kos pembikinan RM1Juta.

Apa cerita penerbit filem BUNOHAN? Ada hampa tanya khabar? Mampukah depa guna duit untung BUNOHAN utk buat filem macam AMERICAN GANGSTER?

KRU STUDIO. Mampukah depa buat filem sehebat PIRATES OF THE CARRIBEAN versi Malaysia kalau hanya dengan keuntungan dari filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA?

Contoh kalau, Syafiq Yusof nak buat TRANSFORMERS Malaysia, kalau buat pun dgn budget ciput, dia imagine mesin bajak padi tukaq jadi transformers = kompom CGI hancuq! Hampa kutuk jugak. Tak pernah support2!

Krew Filem & TV Malaysia 15,000 ribu orang yang berdaftar. Yang dok belajaq kat sekolah filem berlambak lagi seluruh Universiti di Malaysia.

Kerajaan plak hanya tau lahirkan student ilmuwan filem, tapi tak reti jaga industri. Aku cakap ni sebab ramai lagi adik-adik kita, dok belajaq filem, tv, animasi di universiti seluruh malaysia. Kerajaan jugak yang bukak. Beranak pandai, jaga anak tak reti!

Bila Penerbit penakut takmau rugi, dia tak buat filem lagi. Krew Filem & TV nie takdak lah job shooting lagi. Bergaduh anak bini. Mahasiswa menganggur.

Bila Penerbit berani plak sikit, nak buat filem, nak kurangkan kos, daripada shooting 60 hari dipendekkan jadi 30 hari, kerja semua orang krew macam lipas mengandung, bangun 4 pagi turun set shooting, tak mandi-mandi satu hari, kerja perah tenaga otak sampai karya abis jadi sampah, balik rumah jam 8 pagi esok. Kalah Bangla. Artis jugak yang femes.

NEGARA JIRAN

Filem Thailand, negara dia besar mana, panggung dia banyak mana, kerajaan dia macamana. Kerajaan Thailand wajibkan filem dia lebih utama dari filem luar negara. Setiap filem luar yang masuk pasaran Thailand pun depa wajib alih bahasa Thai.

Rumah aku kat Langkawi, dapat siaran 7 channel TV Thailand, takdak satu pun cakap English, semua Thai. Transformers pun cakap siam!

Filem Indonesia, cuba kaji penghayatan seni masyarakat dorang camna. Depa pun ada filem gred buta punya. Tapi yang gred A international punya kualiti.

DASAR KERAJAAN & EKONOMI

Tunggu kerajaan bertukar laa.. Ganti pemimpin yang bagus naikkan nilai matawang Malaysia, bantu industri filem.

Pastu sistem pembelajaran masa kecik2 darjah satu sampai tingkatan 6 tu kena ubah, ada subjek yang menghargai seni. Ini kecik-kecik ilmu kebersihan pun cikgu skip taknak ajaq.

Lepas tu kompom Malaysia lahirkan rakyat yang tahu hargai seni, semua bayar tiket sebab apresiasi filem malaysia tu sendiri, bukan macam keluaran kita semua skang nie, copy paste, download, pasarmalam.

Peningkatan penonton, kutipan naik, macam tu barulah kita boleh ada AVATAR. jangankan filem lompat atas bulan, filem main sembunyi-sembunyi kat planet Pluto pon kita mampu buat.

Rakyat Malaysia, pembikin filem Malaysia, bukan dorang tak dak idea, kita semua ada idea.

Kerajaan & Finas dah kena mula amalkan terbit filem Gred A yang WAJIB RUGI tak mengira untung.

Masing-masing kena ingat. Filem tu adalah Sejarah. Akan dikenang kebodohan masyarakat ini berpuluh tahun depan hanya melalui peninggalan filem.

Pastu nak betah, cakap plak “…tak payah la buat filem macam transformers, buatlah filem yang cerdik-cerdik, islamik dan beri pengajaran…”

Masalah sekarang, dah buat, dah ada, tapi tak ramai kat Malaysia yang cerdik pi tengok. Tak laku jugak.

Katanya tak faham.

Ambillah petikan dialog Berg (Bront Palarae), dalam filem TERBAIK DARI LANGIT

“…kalau dulu kita baca buku, kita tak faham, bermakna kita bodoh atau buku tu yang bodoh…”

Support Industri Filem Tanahair!

(Visited 444 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK