Dec 222015
 

Review Hidangan Makanan Sedap di Deco Cafe 2

Bagi yang belum tahu Deco Cafe adalah sebuah restoran yang berkonsepkan hipster. Review kali ini akan berkongsi ulasan beberapa hidangan makanan sedap yang terdapat di Deco Cafe tersebut.

Lokasi dan alamat

Untuk pengetahuan, admin telah ke salah sebuah restoran mereka di tingkat satu Aman Central, Kedah di alamat: 

No. 1-51 & 1-62, 1st floor,

Aman Central Mall,

Lebuhraya Darul Aman,

05100 Alor Setar, Kedah

Mereka juga mempunyai restoran utama yang berlokasi di area Tesco Mergong. Ianya betul-betul bersebelahan dengan stesen minyak Caltex.

Review Hidangan Makanan Sedap di Deco Cafe 2

Ruangan dalam restoran

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat kami rakamkan ketika berada dalam restoran tersebut (di Aman Central). Agak vintaj dan menarik pandangan mata. Sesuai bagi hipster dan ‘kaki instagram’. Terbaik!

Review Hidangan Makanan Sedap di Deco Cafe 2

 

Hidangan Makanan

Dezz Burger

Makanan yang menarik perhatian admin adalah Dezz Burger.

Review Hidangan Makanan Sedap di Deco Cafe 2

Ianya adalah burger unik yang dilengkapi dua keping daging bakar homemade yang dipanggang sempurna dan diapit roti berger ‘black charcoal”. Rasa daging bakarnya cukup berlemak, berjus dan menepati citarasa penggemar berger bakar. Dua keping keju juga melapisi setiap lapisan daging tersebut dan melengkapi berger tersebut adalah salad dan sayur ringkas. Hidangan sampingan pula adalah salad ringkas, jejari kentang serta sos homemade yang juga sedap rasanya. Terbaik!

LIHAT JUGA:  Kedai Makan Bakso Bola Tenis - Terbaik Di Melaka

Harga Dezz Burger ini hanyalah RM 9.80 (promosi).

 

Chicken Chop

Hidangan kedua yang agak sedap adalah Chicken Chop.

Review Hidangan Makanan Sedap di Deco Cafe 2

Yang pasti rasa chicken chop ini memang sedap. Digoreng cukup garing dengan isi yang banyak. Sos yang diberikan pula melengkapkan rasa hidangan chicken chop ini. Hidangan sampingan yang diberikan pula adalah jejari kentang melapisi ayam tersebut dan juga salad ringkas.

Harga Chicken Chop ini pula hanyalah RM 8.80 (promosi).

Minuman

Review Hidangan Makanan Sedap di Deco Cafe 2

Iced Rose Vanilla Tea – RM 6.80

Rasa air ini agak unik dan ‘baru’ kerana ianya adalah gabungan teh, ros dan vanila. Air gula pula diberikan berasingan supaya anda dapat menetapkan sendiri tahap kemanisan yang anda mahukan. Agak berbaloi jika dicuba.

Iced lemon tea – RM 6.80

Rasanya? Errr… Anda dah tahu kot.

Review Hidangan Makanan Sedap di Deco Cafe

_ _ _ _

Bagi anda yang kelapangan dan berada di utara tanah air, bolehlah terjah restoran Deco Cafe ini. Hidangan makanannya memang terbaik. Cubalah!

(Visited 571 times, 3 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK