Dec 092015
 

Info Kemaskini iOS 9.2 untuk iPhone, iPad dan iPod Touch

Terbaru, Apple telah mengeluarkan kemaskini perisian iOS 9.2 untuk iPhone, iPad dan iPod touch.

Update tersebut yang hadir 6 minggu selepas iOS 9.1 yang membaiki banyak bug dan penambahbaikan pada peranti yang berkaitan.

Terdapat banyak penambahbaikan pada Apple Music – termasuk satu mode untuk classical music yang menunjukkan karya, pemuzik dan komposer.

iBooks juga mendapat sokongan untuk 3D Touch. iPhone juga mendapat sokongan untuk USB Camera Adapter. Ciri large attachment untuk Mail Drop yang terdapat untuk OS X pada tahun lepas kini boleh juga didapati untuk iOS. 

Info Kemaskini iOS 9.2 untuk iPhone, iPad dan iPod Touch

Saiz kemaskini bergantung pada jenis iDevice dan service provider anda. Bagi admin yang hanya menggunakan iPhone 5c, saiz kemaskini tersebut hanyalah 191 MB.

Nota penuh kemaskini tersebut adalah seperti berikut:

Kemas kini ini mengandungi peningkatan dan pembetulan pepijat, termasuk:

  • Peningkatan Apple Music
    • Anda kini boleh mencipta senarai main baru apabila menambahkan lagu ke senarai main
    • Senarai main anda yang terbaru ditukar kini akan disenaraikan di bahagian teratas apabila menambahkan lagu ke senarai main
    • Muat turun album atau senarai main daripada Pustaka Muzik iCloud anda dengan mengetik butang muat turun iCloud
    • Lihat lagu yang telah dimuat turun dengan penunjuk muat turun baru bersebelahan setiap lagu dalam Muzik Saya dan Senarai Main
    • Lihat karya, komposer dan pemuzik semasa melayari muzik Klasikal dalam katalog Apple Music
  • Bahagian Top Stories baru dalam News supaya anda boleh mengikuti perkembangan terkini berita paling penting dalam sesuatu hari (tersedia di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia)
  • Mail Drop dalam Mail untuk menghantar lampiran besar
  • iBooks kini menyokong 3D Touch untuk peek dan pop halaman daripada senarai kandungan, nota dan penanda buku anda, atau daripada hasil carian dalam buku
  • iBooks kini menyokong mendengar buku audio semasa anda melayari pustaka anda, membaca buku lain, atau meneroka iBooks Store
  • Sokongan iPhone untuk Penyesuai Kamera USB untuk mengimport foto dan video
  • Kestabilan dipertingkatkan bagi Safari
  • Kestabilan dipertingkatkan bagi Podcast
  • Membetulkan isu yang menyebabkan lampiran mel tidak dapat diakses oleh sesetengah pengguna dengan akaun e-mel POP
  • Menyelesaikan isu untuk sesetengah pengguna yang menyebabkan lampiran bertindan dengan teks dalam mel
  • Membetulkan isu yang mungkin menyebabkan Live Photos dinyahaktifkan selepas memulihkan daripada sandaran iCloud sebelumnya
  • Menangani isu yang boleh menyebabkan carian dalam Kenalan tidak memaparkan hasil
  • Menyelesaikan isu yang mungkin menghalang Kalendar daripada memaparkan ketujuh-tujuh hari dalam paparan minggu
  • Membetulkan isu yang menyebabkan skrin Kamera pada iPad menjadi hitam apabila cuba merakam video
  • Menangani isu yang boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam aplikasi Aktiviti semasa melihat hari transisi Waktu Jimat Siang Hari
  • Membetulkan isu yang boleh menghalang data daripada muncul dalam Kesihatan
  • Membetulkan isu yang boleh menghalang kemas kini Wallet dan isyarat skrin Kunci daripada dipaparkan
  • Menangani isu yang menyebabkan kemas kini iOS menghalang penggera daripada berbunyi
  • Membetulkan isu yang menyebabkan sesetengah pengguna tidak dapat melog masuk ke Cari iPhone Saya
  • Membetulkan isu yang menghalang sesetengah Sandaran iCloud manual daripada dilengkapkan
  • Menangani isu yang menyebabkan penggunaan papan kekunci iPad mungkin mencetuskan mod pemilihan teks secara tidak sengaja
  • Kesambutan papan kekunci yang dipertingkatkan semasa menggunakan Balas Cepat
  • Input tanda baca yang dipertingkatkan pada papan kekunci Cina (Pinyin & Goresan) 10 kekunci dengan paparan simbol tanda baca dikembangkan baru dan ramalan yang lebih baik
  • Membetulkan isu pada papan kekunci Cyril yang menyebabkan caps lock didayakan semasa menaip dalam medan URL atau e-mel
  • Peningkatan kebolehcapaian
    • Membetulkan isu dengan VoiceOver semasa menggunakan pengecaman muka Kamera
    • Menambahkan sokongan untuk VoiceOver untuk membangunkan skrin
    • Menambahkan sokongan untuk VoiceOver bagi membuka penukar aplikasi dengan gerak isyarat 3D Touch
    • Membetulkan isu dengan Akses Dibantu semasa cuba menamatkan panggilan telefon
    • Kefungsian dipertingkatkan untuk pengguna Kawalan Suis semasa menggunakan 3D Touch
    • Membetulkan isu dengan kadar pertuturan Sebut Skrin
LIHAT JUGA:  (Gajet) Smartwatch Phone Ciptaan Will.i.am Yang Gempak

Sokongan Siri untuk Bahasa Arab (Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu)

(Visited 38 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK