Nov 292015
 

Tips 4 Idea Berjimat Jika Melancong ke Cameron Highlands

Bagi yang ingin melancong ke Cameron Higlands, mungkin boleh baca dulu 4 tips atau idea untuk berjimat yang boleh digunakan sebelum dan semasa ke sana.

Tips diperolehi dari perkongsian facebook saudara Faisul Fadhla Safiruddin yang merujuk kepada pengalaman Puan Fadillah Nur. Antara tips dan idea jimat tersebut adalah seperti berikut: 

1. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?

  • harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
  • sukar untuk dapat parking kereta.
  • kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
  • kurang privasi.

2. Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.

Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.

LIHAT JUGA:  12 Tips Penting Jika Masuk Atau Bermalam Di Hutan

Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.

Puan Fadillah Nur pernah beli 20 kotak teh uncang dengan harga RM100, kemudian dapat percuma sekotak strawberry white coffe.

Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.

3. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan kuantiti yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata.

Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.

4. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta dulu, kemudian jalan kaki untuk buat survey. Biasanya backpackers suka menginap di hotel seperti itu.

Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.

Semoga bermanfaat. Care to share.

(Visited 619 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK