Oct 152015
 

Mac OS Masalah Thumb Drive Full Walaupun Dah Delete File

Soalan: Bagaimana nak selesaikan masalah thumb drive masih full walaupun dah delete beberapa file bagi yang menggunakan Mac OS?

Bagi yang sentiasa menghadapi masalah ini pasti akan rasa menyampah kerana thumb drive cepat full dan anda perlu ‘erase’ atau ‘format’ thumb drive tersebut menjadi kosong supaya file baru boleh diisi.

Namun tahukah anda, ada cara yang lebih baik dan betul apabila menggunakan thumb drive bagi pengguna Mac OS?

Untuk memastikan file yang anda padam pada pen drive benar-benar terpadam sehingga anda boleh copy paste file yang baru, anda hanya perlu: 

  1. Cucuk thumb drive anda pada Mac machine anda
  2. Pilih file yang berkaitan dan delete seperti biasa.
  3. Dan langkah seterusnya yang penting – Tanpa mengeluarkan (eject) thumb drive anda, pergi ke icon Trash, klik kanan dan pilih ‘Empty Trash‘. Dengan ini, ruang memori thumb drive anda akan dikemaskini mengikut jumlah yang terbaru dan sebenarnya.
LIHAT JUGA:  (Gajet) Apple Bakal Melancarkan Juga iPhone 6c?

Mac OS Masalah Thumb Drive Full Walaupun Dah Delete File 3

Perlu diingat bahawa kemaskini jumlah ruang memori thumb drive selepas fail dipadamkan hanya berlaku apabila thumbdrive tersebut masih dicucuk dan proses ’empty trash’ berlaku. Jika thumb drive dicabut tanpa proses ‘Empty Trash’, thumb drive anda akan sentiasa menganggap file yang dipadamkan tersebut masih ada walaupun tidak kelihatan pada browser anda.

Mac OS Masalah Thumb Drive Full Walaupun Dah Delete File 3

Sebabnya, saya pun tak pasti. Boleh tanya Tim Cook kot. Jika anda tahu sebabnya bolehlah tinggalkan komen di bawah.

Semoga bermanfaat..

(Visited 14 times, 2 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK