Sep 032015
 

Tips Syarat Dan Cara Mohon Rumah PR1MA

Bagi yang ingin mengetahui syarat dan cara mohon rumah kediaman PR1MA, bolehlah ikut tips panduan yang diberikan di bawah.

Semoga bermanfaat buat kita semua. 

Syarat-syarat:

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami isteri) antara RM 2500 – RM 10,000
  • Tidak memiliki lebih dari 1 hartanah sama ada anda atau pasangan anda

Cara mohon:

1. Pendaftaran

  • Buka akaun dan cipta kata laluan melalui laman web www.pr1ma.my
  • Isi borang pendaftaran
  • Pilih 5 lokasi impian anda
  • Muat naik dokumen-dokumen seperti berikut:
    • Bekerja
      Salinan Kad Pengenalan dan 1 bulan penyata gaji terkini
    • Bekerja sendiri/perniagaan sendiri
      Salinan Kad Pengenalan dan 1 bulan penyata bank terkini
  • Hantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA
  • Terima e-mel pengesahan permohonan
  • PR1MA akan memaklumkan anda apabila terdapat pembangunan PR1MA yang dibuka untuk permohonan di lokasi pilihan anda
LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2015 Pulau Pinang

2. Permohonan

  • PR1MA akan memaklumkan para pendaftar melalui e-mel dan SMS apabila terdapat pembangunan yang dibuka untuk permohonan kawasan pilihan anda
  • Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
  • Klik “Permohonan” untuk mendapatkan maklumat lanjut pembangunan yang dibuka untuk permohonan
  • Muat naik dokumen-dokumen sokongan:
    • Bekerja
      1. 3 bulan penyata bulan terkini
      2. Surat pengesahan majikan
      3. Penyata KWSP
    • Bekerja/perniagaan sendiri
      1. 3 bulan penyata bank bulan terkini
      2. Penyata LHDN terkini
  • Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan
  • Terima e-mel pengesahan permohonan

3. Undian

  • Keputusan cabutan undi akan diumumkan di www.pr1ma.my
  • Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel
  • Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda

 

(Visited 627 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK