Sep 302015
 

Artikel Sabit Kuku Penentu Kesihatan Seseorang

Betulkah sabit kuku boleh menentukan tahap kesihatan seseorang individu? Mungkin agak janggal dan pelik bagi kita. Namun mungkin ada kebenarannnya. Sebab itulah kot ada orang yang boleh mentafsirkan kesihatan seseorang setelah melihat keadaan tangan seseorang.

_ _ _ _ _ _

SABIT KUKU… tak pernah dengar kan? saya pun baru sahaja tau.. 

Lengkung di kuku yang macam gambar ni warna putih kat pangkal kuku. So itu di panggil SABIT. Selalunya saiznya sebesar 1/5 dari saiz kuku. Kuku yang sihat berwarna kemerahan, halus dan bersinar, sabitnya memang nampak jelas. Bila kita sakit, sabitnya akan mengecil, bila kembali sihat, sabit akan muncul semua.

Kategori Sabit

Tidak ada sabit langsung

– Ginjalnya mudah sakit.

 

Sabit nya kecik dari 1/5 bahagian kuku

– Tenaga dalam badan berkurangan/penyerapan usus besar kurang bagus

 

Sabit lebih besar dari 1/5 bahagian kuku

– Kemungkinan menderita hipertrofi jantung, kardiovaskular sumbat , hipertensi,
stroke dan penyakit lainnya

LIHAT JUGA:  (Senarai) 14 Kes Misteri Yang Popular Di Malaysia

 

Sabit warna gelap/mengecil atau hilang

– Ada penyakit yang parah, atau ada tumor, pendarahan di dalam, dll.

 

Sabit makin lama makin mengecil

– tenaga makin berkurangan dlm badan , kesihatan tubuh makin merosot,
kekebalan imun badan menurun.

Orang yang jenis tidak ada sabit, sekali sakit mesti teruk atau ambil masa nak sembuh. Bila sabit makin berkurang, perbanyakkan makan protein. Jaga stamina badan, dan seringlah berolahraga.

Sekarang ni sila tengok sabit kat kuku anda macam mana rupanya? Makin putih atau ada jugak jari yang takde sabit kuku? Siapa yang ada 8-10 jumlah sabit di kategori sebagai SIHAT. Kalau kurang tu tandanya ada masalah kesihatan. Boleh kenal pasti tahap kesihatan tubuh badan kita dengan melihat sabit ni.

via Iskandar Zulkarnaen

(Visited 45 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK