Aug 132015
 

Terkini Satu Letupan Besar Gegarkan Tianjin China 2

Terkini, satu letupan besar telah berlaku di utara bandar Tianjin, China. Menurut sumber tempatan, kejadian dikatakan berlaku sebelum tengah malam waktu tempatan. Masih tidak diketahui angka sebenar berapa orang yang cedera dalam kejadian tersebut walaubagaimanapun media di China melaporkan mangsa telah dikejarkan ke hospital berdekatan. 

Seorang pengguna twitter yang juga pekerja hospital mengatakan bahawa bilik kecemasan telah dipenuhi seramai 300 hingga 400 mangsa yang cedera yang mana kebanyakannya melecur. Satu laporan lain dari wartawan CCTV Matt Simon berkata 400 orang telah cedera termasuk empat anggota bomba dan dua lagi anggota bomba dilaporkan hilang.

Terkini Satu Letupan Besar Gegarkan Tianjin China

Terkini Satu Letupan Besar Gegarkan Tianjin China 3

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa letupan tersebut berlaku pada jam 11.30 pm waktu tempatan pada hari Rabu malam di sebuah gudang menyimpan ‘barang berbahaya’.

Terkini Satu Letupan Besar Gegarkan Tianjin China

Video letupan tersebut menunjukkan apa yang dilihat pada mulanya hanya api yang kecil kemudiannya meletuskan cahaya terang disusuli percikan api serta serpihan melabung ke udara.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Majlis Pernikahan Saiful Bukhari & Nik Suryani

People’s Daily, iaitu akhbar tempatan kerajaan China, telah mengeluar tweet mengatakan letupan tersebut adalah ‘disebabkan oleh bahan leptupan dalam [sebuah] kontena.’

Akhbar tersebut juga turut mengeluarkan tweet mengatakan kesan letupan berbentuk ‘awan cendawan’ tersebut turut boleh dirasai orang ramai sehingga lebih dari enam batu.

Terkini Satu Letupan Besar Gegarkan Tianjin China 7

 

Letupan tersebut adalah cukup dahsyat sehinggakan ianya boleh dikesan oleh satelit cuaca.

 

 

Terkini Satu Letupan Besar Gegarkan Tianjin China 7

 

 

Laman web Shangaist telah berkongsi video hospital berdekatan dimana mangsa mendapatkan rawatan. Laman web tersebut turut melaporkan bahawa hospital Tanggu telah mencapai had maksimum untuk rawatan pesakit.

 

 

 

 

 

 

 

Berita ini masih dikemaskini dari semasa ke semasa.

(Visited 85 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK