Aug 182015
 

Resepi Roti Pretzel Homemade Lembut Mudah Dan Sedap

Bagi yang ingin menghasilkan roti pretzel homemade yang lembut, bolehlah ikut resepi mudah dan sedap ini.

Jangan keliru kerana terdapat dua jenis pretzel iaitu resepi pretzel jenis biskut yang rangup dan pretzel jenis roti yang lembut. Untuk rujukan resepi roti pretzel yang lembut seperti tajuk artikel ini, bolehlah ikut resepi di bawah:

Bahan-bahan ( 12 keping hidangan )

  • 1 paket yis
  • 4 cawan tepung serbaguna
  • 1 biji telur dicampur 1 sudu makan air dan dipukul. (Untuk disapu atas pretzel sahaja)
  • 1 1/2 sudu teh Garam
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu makan mentega yang dicairkan.
  • Minyak sayur (untuk sapuan sahaja)
  • 6 cawan air + 1/3 cawan doda bikarbonat dimasak atas dapur sehingga mendidih.

Hiasan/perasa tambahan

  • Garam laut (sea salt flakes) ā€“ untuk hiasan boleh juga guna gula atau serbuk kayu manis..boleh didapati di kedai peralatan kek.

Cara-cara

  1. Masukkan garam, gula dan yis di dalam air suam. Biarkan seketika selama 5 minit tanpa dikacau.
  2. Setelah 5 minit. Masukkan tepung serbaguna satu demi satu pada kelajuan yang rendah (minimum) di selang selikan dengan mentega yang telah dicairkan.
  3. Uli dengan pemutar kek selama 7 minit. Jika diuli dengan tangan doh perlu diuli selama 10 ke 15 minit.
  4. Siap diuli..sapukan minyak sayuran pada mangkuk yang bersih. Ambil doh dan bentukkan menjadi bulat. Letak dlm mangkuk dan sapukan minyak sayuran atas doh supaya permukaannya licin.
  5. Tutup dengan plastik kedap udara selama 1 jam di kawasan yang lembab/tidak sejuk (suhu bilik).
  6. Selepa sejam, ambil doh tersebut dan bahagi kepada 2 bahagian. Setiap 1 bahagian dibahagikan menjadi 6 ketulan kecil.
  7. Uli memanjang menjadi seperti tali dan bentukkan menjadi huruf ā€˜Uā€™. Ambil hujung doh bawa ke bawah dan tekan hujungnya. Ulangi langkah ni hingga semua doh siap.(Resepi) Roti Pretzel Homemade Lembut Mudah Dan Sedap
  8. Di atas dapur: didihkan air yang dicampur soda bikarbonat. Setelah air mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi 1 demi 1 selama 30 saat dan angkat dengan spatula.
  9. Sapu dulang pembakar dengan minyak sayuran. Susun atas tray.
  10. Sapukan telur pada setiap doh. Taburkan garam laut/sea salt (garam biasa pon boleh juga) atau serbuk kayu manis. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10 -15 minit.
  11. Biar pretzel menjadi warna keperangan baru diangkat.. biar seketika lebih kurang 3 -5 minit sebelum dihidangkan.
(Visited 1,609 times, 18 visits today)
LIHAT JUGA:  (Resipi) Biskut Pretzel Homemade Mudah Dan Sedap

LIKE KAMI DI FACEBOOK