Aug 292015
 

Kisah Pengalaman Hitam Dibuli Di Orientasi UPM kolej keenam

Tahun 2010 pertama kali aku melangkah ke UPM atau universiti Putra Malaysia, masih lagi diingatan kisah pengalaman hitam aku dibuli di minggu orientasi UPM.

Pada tahun tersebut, umur aku sudah menjangkau 22 tahun kerana aku mengambil diploma selama 3 tahun dan berhenti berehat selama setahun. Jadi, sudah pasti pelajar senior adalah sebaya dan lebih muda dari aku.

Pada awal pendaftaran aku di kolej ke enam UPM, semua adik fasi kelihatan amat baik. Melayan aku dengan mesra. Menolong aku mengangkat beg. Pada awalnya aku menolak tapi mereka berkeras mahu menolong walaupun family aku ada datang bersama. Pertolongan tersebut aku sudahi dengan ucapan terima kasih. First impression, nice! 

Tapi amat mengejutkan. Aku sangkakan panas sampai ke petang, tapi… Hampir seminggu orientasi, adik-adik fasi sudah mula menunjukkan belangnya. Apatah lagi adik-adik senior makin mengeluarkan taringnya.

Perlu diingatkan pada masa tersebut sudah dikeluarkan pekeliling bahawa sebarang bentuk buli, kekasaran dan sentuhan badan (pukulan, rotan) adalah amat dilarang. Tapi disebabkan ‘kebijakan’ pelajar di kolej ke enam ini, mereka memanipulasikan ayat pekeliling tersebut dengan membenarkan tekanan emosi atau buli mental. Jadi tiada la sentuhan.

Pernah pada satu malam di dewan, adik fasi ini memarahi kami kerana tidak menghargai mereka yang penat mengangkat beg-beg pelajar baharu. Padahal, takde pulak kita suruh diorang angkat beg tu. Depan family kita bukan main tunjuk baik. Last-last ungkit pulak dan marah-marah. Jika perbuatan mereka adalah bertujuan untuk mengungkit dan nak buat modal marah-marah, tak perlulah kot. Adakah ini sikap ikhlas yang boleh dicontohi?

Dan episod malang aku bermula apabila di akhir orientasi terdapat sesi meminta tandatangan pelajar senior di kolej.

Seperti biasa pada malam selepas selesai semua aktiviti, kami semua pergi ke tingkat atas asrama untuk meminta tandatangan adik-adik senior aku. Ada saja yang baik. Pada masa itu, aku ditingkat dua. Dan tiba-tiba datang seorang lelaki memanggil aku dan 3 lagi rakan untuk ke tingkat 3. Aku dan 3 lagi rakan pun naik ke tingkat atas, di mana pada aras tersebut terdapar ruang legar bersofa.

Pada masa itu, aku tahu ada sesuatu yang tidak kena. Pada saat langkah aku menaiki tangga sudah kelihatan seorang adik senior berwajah seperti mat pit yang tidak berambut dan mereka menggelarnya ‘BOTAK’. Dengan lagak duduk yang tidak senonoh, dan mug di mulut makhluk tersebut menjeling kami.

Kisah Pengalaman Hitam Dibuli Di Orientasi UPM kolej keenam

Kami berempat berbaris di hadapan makhluk bernama Botak tersebut. Dan tiba lagi beberapa rakan konconya yang lain. Di sini kami dilayan seperti banduan. Di soal siasat, ditengking dan dibuli tanpa sentuhan.

Disebabkan jam sudah tepat pukul 12 malam lampu perlu dimatikan. Dan kami telah terperangkap dalam keadaan gelap yang amat teruk amat menakutkan dalam kegelapan menantikan apakah nasib yang kami akan terima.

Seorang kawan si Botak datang memainkan peranannya menunjukkan taringnya kepada kami. Masih lagi terngiang-ngiang di telinga aku antara soalan yang diajukan kepada aku.

LIHAT JUGA:  (Kisah) Pengalaman Pilu Bekas Pengasuh Taska Permata Harapan

“Kau umur berapa?’

“Oh kenapa tak nampak macam dah tua pun”

“Berapa cgpa kau masuk sini?”

“CELAKA! BODOH! MASUK UPM GUNA KABEL. KAU DATANG SINI DAH NAIK KEPALA NAK TUNJUK HEBAT!”

Betul-betul nyaring suara menengking aku betul-betul dihadapan muka aku. Terasa diri aku amat hina diperlakukan sedemikian.

Kelihatan pula seorang rakan lain datang mengapi-apikan keadaan.

“Aku tak puas hati betul tadi budak ni tadi dok tengok-tengok aku.” Walhal siang tadi aku senyum kat adik tu sebab hormat. Kesian…

Seperti biasa Botak memberikan arahan agar kami berdiri separuh dan mengangkat tangan ke atas kepala. Dan menyuruh kami menyanyikan beberapa buah lagu seperti lagu kebangsaan dan universiti.

Yang peliknya, adik senior ini tidak langsung membuli bangsa lain seperti cina, india dan lain-lain. Tapi hanya membuli Melayu saja. Dan aku berfikir, betullah melayu ni memang suka buli bangsa sendiri. Sebab tu bangsa kita hari ini ….. anda fikirlah sendiri.

Setelah puas mendera emosi dan mental kami, (adik senior ini semua beranggapan larangan buli hanya melibatkan buli fizikal. Jadi buli mental dan buli emosi masih boleh dibenarkan) mereka melepaskan kami. Tandatangan entah ke mana, fikiran melayang entah ke mana. Saat itu kawan aku menangis. Dia lelaki. Tapi menangis kerana menghadapi betapa teruknya adik senior tersebut melayan kami di Kolej Enam UPM ni.

Dan aku, yang sudah hampir gila, rasa seperti nak bunuh diri. Pada malam itu juga aku susah untuk tidur membayangkan keadaan asrama tersebut yang sangatlah neraka dan bagaimana untuk meneruskan kehidupan yang amat gila di situ. Pada malam itu juga aku nekad dan bertekad untuk keluar dari UPM. Duit yuran yang mencecah lebih RM 2000 terpaksa aku korbankan. Dan itulah tekanan dan krisis hidup paling besar pernah aku hadapi.

Malam berikutnya sudah aku jangkakan keadaan kan menjadi lebih teruk. Tak ramai yang mendapat jumlah tandatangan seperti yang diinginkan. Akibatnya semua pelajar dikumpulkan di gelanggang sukan dan perlu menerima hukuman. Hukumannya adalah membuat satu aksi (bodoh) yang mana tak boleh sama antara semua pelajar sambil menyebut nama dan tempat tinggal.

Itu belum lagi cerita kena buat aktiviti merangkak la jalan itik cari kumpulan la. Takat tu je mentaliti budak universiti sini. Kesian..

Setelah beberapa hari kemudian, aku menapak ke pejabat pendaftar, bendahari dan lain-lain lagi untuk urusan pengeluaran aku dari tempat  tersebut. Dan akhirnya, aku berjaya berambus dari tempat tersebut demi mencari tempat belajar lain yang lebih baik, profesional, matang dan aman.

Dan kini aku fikirkan semua itu hanyalah satu pengalaman bodoh berhadapan dengan melayu korup. Dan Alhamdulillah kini aku berjaya di universiti lain yang lebih baik.

Tuduh pelajar masuk guna kabel. Itu bodoh.

Minta tandatangan senior. Itu bodoh.

Melayu buli melayu. Itu bodoh.

Islam buli Islam. Itu bapak segala bodoh.

Kepada adik botak dan kawan-kawan lain, terima kasih. Alhamdulillah! Hidup lagi ke, dik?

(Visited 768 times, 1 visits today)

Comments

  1. […] >>(Kisah) Pengalaman Hitam Dibuli Di Kolej ke 6, Orientasi UPM […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK