Aug 242015
 

Hiburan Stacy AF Memeluk Agama Islam 2

Dunia hiburan hari ini dikejutkan apabila terdapat desas-desus kemungkinan bahawa Stacy AF memeluk agama Islam dan menggunakan nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah.

Berikut adalah berita yang dikongsikan dan masih lagi belum ada status rasmi berkenaan berita beliau masuk Islam sama ada dari pihak Stacy atau Astro: 

Memang mengejutkan. Stacy sendiri belum dapat dihubungi, namun begitu menerusi laman Instagram seorang peminatnya, terpapar gambar pelantun lagu ‘Not For Sale’ itu dalam keadaan bertudung.

Menurut kapsyen pada gambar itu juga, Stacy dikatakan telah ditemani ibunya dan juga ibu bapa kepada kekasihnya, Akim. Dalam kapsyen tersebut juga, turut disertakan nama Islam Stacy, iaitu Ummu Syaikhah Stacy Abdullah.

Namun begitu, kami masih menantikan jawapan daripada Stacy sendiri untuk mendapatkan kepastian mengenai berita ini. Walaubagaimanapun, pihak Astro yang baru sahaja kami hubungi sebentar tadi memaklumkan bahawa pihak Astro akan memberikan kenyataan rasmi pada esok hari. Sama-sama kita nantikan.

Hiburan Stacy AF Memeluk Agama Islam

 

LIHAT JUGA:  Astro Tambah Channel Baru!

Update terbaru:

Berikut telah tersebarnya video beliau belajar mengucap dua kalimah syahadah.

 

(Visited 35 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK