Aug 122015
 

Gajet Apple Bakal Melancarkan Juga iPhone 6c

Jika benar, berita yang admin baca tentang Apple yang bakal melancarkan juga iPhone 6c, pasti ramai yang berminat untuk membeli kerana harganya yang sedikit murah dan spesifikasi yang ‘cukup makan’. 

Lagipun, iPhone 5c yang ada sekarang ini juga mempunya ramai pengguna dan terdapat kelebihannya yang tersendiri kerana admin sendiri pun masih menggunakannya. Selain bateri yang agak tahan lama, prestasi dan kualiti kamera juga agak membanggakan.

Pemberi maklumat terkenal Evan Blass dari @evleaks berkata bahawa Apple mungkin akan melancarkan tiga telefon pintar pada 9 September ini.

Gajet Apple Bakal Melancarkan Juga iPhone 6c 2

Admin jangkakan iPhone 6c bakal hadir dengan skrin besar sama seperti iPhone 6 serta tempoh bateri lebih lama selain bahan untuk rangka yang kuat seperti iPhone 5c.

Cip pemprosesannya mungkin akan mengguna cip yang sama digunakan dalam iPhone 6.

Untuk pengetahuan, pencipta iPhone berwarna warni ini adalah hasil idea Tim Cook selepas kematian Steve Jobs.

Butang fungsi pengesan cap jari juga mungkin akan digunakan menggantikan home button seperti yang terdapat pada iPhone 5c yang lama.

LIHAT JUGA:  Tahniah Laman Web @Churp2 Kini Berwajah Baru & Lebih Segar!

Ianya juga mungkin akan hadir dengan pelbagai pilihan warna seperti putih, biru, kuning, merah jambu dan kuning.

BACA JUGA: (Video) Ciri Spesifikasi iPhone 6s Yang Bocor Ke Internet

Apa pun kita tunggu saja majlis pelancarannya pada 9 september ini.

(Visited 15 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK