Aug 072015
 

(Artikel) Hukum Duduk Tahiyat Akhir Seperti Duduk Antara Dua Sujud

Mesti anda perasan sesetengah jemaah yang bersolat apabila tiba di tahiyat akhir akan ada yang duduk seperti duduk antara dua sujud dan ada juga yang duduk seperti kebiasannya tahiyat akhir.

Persoalannya, yang mana satukah cara dan hukum duduk yang betul dan sah? Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh seorang Ustaz Zaid Abdul (UZA) iaitu Pengasas Modul “Oh My Solat”

Soalan: 

salam ustaz, apa hukum orang yang solat bila tahiyat akhir duduk seperti duduk antara dua sujud? 

Jawapan:

Waalaikumussalam.

1. Duduk antara dua sujud dan duduk tahiyyat akhir adalah rukun daripada rukun-rukun solat.

2. Terdapat dua perkara berbeza yang perlu difahami dalam perkara ini yang sering menjadi kekeliruan orang awam kerana tidak dapat membezakan antara rukun dan sunat.

(Kami mengadakan kursus/ seminar Fiqh Solat Nabi untuk memberi kefahaman kepada peserta cara solat yang betul)

3. Ada dua perkara berbeza ketika duduk tahiyyat akhir dan duduk antara dua sujud. Pertama, duduk. Kedua, cara duduk.

4. Pertama, DUDUK ketika tahiyyat akhir dan duduk antara dua sujud adalah rukun. Tidak sah jika seseorang berdiri semasa tahiyyat akhir dan antara dua sujud. Kedua-dua rukun ini mesti dilakukan dalam keadaan duduk. Jadi, duduk adalah WAJIB & RUKUN.

5. Kedua, CARA DUDUK @ ‘STYLE’ DUDUK adalah SUNAT ketika. Kita boleh duduk dengan cara apa sekalipun. Ada bermacam-macam style duduk; duduk bersila, iftirasy, tawarruk, iq’a dan lain-lain. Jadi, cara duduk adalah SUNAT & BUKAN WAJIB.

6. Maka kita fahami dua perkara basic ini, bahawa ketika tahiyyat akhir kita WAJIB DUDUK dengan CARA apa pun. Jika kita ingin duduk bersila ketika tahiyyat pun boleh.

LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Imsak Dan Buka Puasa Seluruh Malaysia 2014

7. Menurut mazhab Syafie, cara duduk yang disunatkan & afdhal ketika tahiyyat akhir adalah duduk cara TAWARRUK manakala duduk cara IFTIRASY sunat ketika duduk antara dua sujud.

8. Memandangkan CARA duduk tahiyyat akhir & awal itu sunat, maka boleh-boleh sahaja kita duduk ikut cara bagaimana. Apatah lagi jika keadaan darurat seperti jemaah yang ramai & sempit, yang dikhuatiri akan mengganggu& menyakiti orang disebelah, maka boleh duduk seperti cara duduk antara dua sujud semasa tahiyyat akhir.

9. Kesimpulannya, TIDAK BATAL solat jika kita duduk tahiyyat akhir sama macam duduk di antara dua sujud. Sah solat jika seseorang duduk secara Iftirasy (cara duduk antara dua sujud) ketika tahiyyat akhir sama ada dalam keadaan sempit atau lapang, sama ada dalam keadaan darurat atau tidak. Tetapi jika tanpa hajat, maka dia terluput fadhilat cara duduk yang afdhal ketika tahiyyat akhir, iaitu duduk secara Tawarruk.

Wallahu ‘Alam

Rujukan.
1. Al-Majmu’, 1/429 & 3/428
2. Mughni Al-Muhtaj, 1/172
3. Hasyiah Qalyubi, 1/262
4. Al-Anwar, 1/95

Ustaz Zaid Abdul (UZA)
Pengasas Modul “Oh My Solat”
Penceramah & Penulis buku “Fiqh Solat Nabi”

*Ingin mengadakan Bengkel, Kursus dan Diskusi “Fiqh Sifat Solat Nabi ?” secara in-house atau public programme di sekolah, universiti, syarikat, jabatan, masjid atau di rumah, sila emelkan permohonan kepada dhiyaconsultancy@gmail.com atau hubungi Ustaz Zaid Abdul (010-2707903).

_ _ _ _ _ _ _ _ _

Semoga artikel ini bermanfaat untuk yang masih belum jelas. Boleh kongsikan untuk kefahaman bersama.

(Visited 1,877 times, 2 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK