Jul 152015
 

(Resepi) Biskut Badam Mudah Dan Sedap

Bagi yang tercari-cari resepi biskut badam yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan raya, bolehlah cuba resepi yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat! 

Bahan-bahan:

  • 1 biji kuning telur
  • 180 gm mentega
  • 180 gm tepung gandum
  • 150 gm tepung jagung
  • 115 gm gula aising
  • 4 sudu besar badam kisar

Bahan Hiasan:

  • Kuning telur
  • Hirisan badam

Cara Menyediakan:

1. Putarkan mentega dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian uli rata hingga menjadi doh yang lembut.

3. Canai dan terap bulat atau sebarang bentuk yg disukai. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak.

(Visited 499 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Aku, memasak, dan kacak...

LIKE KAMI DI FACEBOOK