Jun 132015
 

(Sinopsis | Pelakon) Eksperimen Cinta - Slot Dahlia TV3 poster

Nampaknya drama Eksperimen Cinta yang tertunda beberapa kali siarannya untuk slot Dahlia TV3 akan mula disiarkan pada 13 Jun 2015 ini.  Sinopsis dan pelakon drama ini agak mantap tambahan pula jalan ceritnya diadaptasi dari sebuah novel dengan tajuk yang sama.

Untuk pengetahuan, siarannya adalah pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7 malam.

Antara artis yang membarisi senarai nama pelakon dalam Eksperimen Cinta ini adalah: 

  • Fahrin Ahmad sebagai Tengku Aaron Shah / Tengku Andrean
  • Izreen Azminda sebagai Damia Farisha
  • Sherry Ibrahim sebagai Seri
  • Ammar Alfian Aziz sebagai Adam
  • Mira Filzah sebagai Suraya
  • Faye Kusairi sebagai Salmi
  • Mimi Lana sebagai Mellisa
  • Ryiena Ismail sebagai Nana
  • Lim Mei Fen sebagai Lucy
  • Amyza Aznan
  • Aman Shah sebagai Tan Sri Ahmad
  • Lydiawati sebagai Puan Seri Hayati
  • Razak Ahmad sebagai pak Razak (bapa Damia Farisha)
  • Mas Khan sebagai Marcello

Dan berikut adalah sinopsis drama Eksperimen Cinta ini:

Kali pertama bertentang mata, Tengku Aaron Shah sudah mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak yg lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tak terduga sikapnya. Tengku Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, semata-mata hanya untuk eksperimen cinta. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia.

Kehidupan mereka berubah apabila duduk serumah. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu. Kehadiran Salmi yangg cuba menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Damia, selagi lafaz talaq tidak terucap, selagi itu maruah Aaron akan dijaga.

(Sinopsis | Pelakon) Eksperimen Cinta - Slot Dahlia TV3 poster

_ _ _ _ _ _

Semoga terhibur :)

(Visited 1,306 times, 2 visits today)
LIHAT JUGA:  (Sinopsis | Pelakon) Drama 7 Ramadan - Slot Samarinda TV3

LIKE KAMI DI FACEBOOK