May 062015
 

(Tips) Senarai 13 Makanan Jimat dan Murah Selain Maggi

Bagi pelajar kolej dan universiti mahupun bujang yang selalu pokai, di sini admin ingin berkongsi tips iaitu senarai 5 makanan yang jimat dan murah selain maggi. Sebolehnya jauhilah maggi kerana ianya tidak bagus untuk kesihatan dalam jangka masa panjang.

Semasa admin di universiti dulu, terdapat beberapa jenis makanan yang admin makan untuk menjimatkan perbelanjaan. Yang penting, kena latih perut untuk kurangkan makan jadi takdelah tiap masa nak pelahap sampai habis wang dalam dompet.

Berikut adalah 5 makanan jimat dan murah tersebut: 

1) Roti keping

Jika dilihat di rak kedai, terdapat pelbagai pilihan roti seperti Gardenia dan Massimo. Dengan harga tidak sampai RM3, anda boleh membeli roti keping untuk dijadikan sandwich dan dimakan bersama bahan-bahan lain. Jika mempunyai peti sejuk dan dapur di rumah sewa anda, terdapat pelbagai menu mudah dan mengenyangkan yang boleh dihasilkan dari roti keping iaitu:

  • roti telur
  • roti sandwich sardin
  • roti sapu jem
  • roti sapu marjenrin
  • burger (kurang menyihatkan)
  • roti cicah milo

Tahukah anda, Gardenia ada mengeluarkan roti keping dalam kuantiti yang banyak pada harga hanya RM2.65(Tips) Senarai 13 Makanan Jimat dan Murah Selain Maggi

2) Roti Canai

Roti canai sememangnya antara menu termurah yang boleh di kedai-kedai mamak. Pilihan paling murah semestinya roti canai kosong dengan harga serendah RM1. Atau paling popular roti canai telur yang berharga RM1.50 hingga RM1.80. Jika ingin lebih kenyang, bolehlah mintak versi kuah banjir. Terbaik!

3) Nasi Lemak

Jika anda takut untuk mengambil nasi berlauk, bolehlah pesan sahaja nasi lemak. Ini kerana menu nasi lemak dijual pada harga yang murah sekitar RM2 hingga RM5. Jika di kedai mamak, anda boleh mendapatkan nasi lemak biasa yang dilengkapi dengan ikan bilis, telur goreng, kacang dan timun. Pengalaman terakhir admin makan nasi lemak biasa di kedai mamak hanyalah berharga RM2.50.

Namun jika anda membeli di gerai-gerai tepi jalan, semestinya harga sebungkus hanyalah RM1 atau RM1.50. Beli dua bungkus dah cukup mengenyangkan.

4) Telur ayam

Jika anda ada dapur memasak, pasti hidangan telur mampu mengalas perut anda. Atau paling mudah pun boleh buat telur separuh masak hanya menggunakan air panas.

Tips Senarai 13 Makanan Jimat dan Murah Selain Maggi

Sebagai cadangan berikut adalah beberapa jenis hidangan yang boleh dihasilkan menggunakan telur ayam

  • telur goreng (boleh dimakan bersama roti sebagai sandwich)
  • telur goreng hancur (pun boleh dimakan bersama roti, boleh juga gaul dengan sedikit dengan kicap untuk lebih rasa)
  • telur separuh masak (rendam dalam air panas selama 6-10 minit. Boleh setkan timer di phone anda untuk ketepatan)
  • roti telur (celup permukaan roti ke atas telur dan goreng dalam kuali)

5) Coleslaw

Ada peti ais? Jika ada, bolehlah beli kobis dan mayonis untuk dijadikan coleslaw. Hanya cincang kobis menjadi kecil dan gaulkan dengan mayonis. Boleh di makan begitu sahaja atau dimakan bersama roti keping atau burger yang anda masak sendiri. Sememangnya menyihatkan dan mengenyangkan. Ianya boleh juga dijadikan hidangan bagi anda yang sedang diet.

6) Capati / Roti canai sejuk beku

Capati atau roti canai sejuk beku frozen ini sesuai bagi yang ada dapur memasak dan peti ais. Tak perlu lagi nak habiskan minyak kenderaan untuk keluar ke kedai mamak. Boleh saja ambil capati atau roti canai tersebut dari dalam peti ais dan masak terus di atas kuali.

Untuk kuah pula, bolehlah dimakan dengan sardin atau boleh dimakan dengan susu cair atau gula. Pun boleh..

7) Biskut empat segi Hup Seng

Dengan harganya lebih kurang RM4, anda mampu mendapatkan berdozen-dozen keping biskut empat segi. Sesuai dicicah bersama air milo atau kopi, atau dimakan begitu sahaja untuk menghilangkan lapar.

Tahukah anda, biskut Hup Seng adalah antara makanan Malaysia yang mendapat pingat pengiktirafan kualiti makanan terbaik antarabangsa

(Tips) Senarai 13 Makanan Jimat dan Murah Selain Maggi 2

8) Sardin

LIHAT JUGA:  Rancang Wang Semasa Mula Bekerja – Part 2

Sardin juga merupakan salah satu makanan yang menjimatkan dengan harga rendah untuk satu tin. Dan di dalam tin sardin tersebut selalunya terdapat 3 ketul ikan sardin. Jadi, bolehlah gunakan untuk dua atau tiga kali makan. Untuk tahan lebih lama bolehlah simpan dalam peti sejuk.

Jika inginkan rasa yang lebih sedap, bolehlah masak tumis sardin tersebut dengan bawang dan cili untuk menaikkan rasanya. Boleh juga dimakan dengan nasi, roti keping, roti canai sejuk beku mahupun dengan maggi.

9) Sosej/daging burger sejuk beku

Semurah RM2.50 sehinggalah RM5.00, anda boleh membeli sebungkus sosej atau daging burger yang disejuk beku. Selalunya makanan seperti ini boleh dimakan begitu sahaja, bersama sos atau mayonis, bersama nasi mahupun maggi. Namun pengambilannya harus di kurangkan kerana ianya kurang berkhasiat serta mampu membawa penyakit jika diambil terlalu kerap.

10) Nasi + Kicap + Telur goreng

Siapa yang tak suka nasi yang dimakan bersama kicap dan telur goreng? Pasti hidangan ini akan mengamit memori nostalgia kita ketika kecil. Nasi berlaukkan telur goreng dan kicap pun sudah cukup untuk mengenyangkan perut kita pada masa itu :)

11) Makanan di dapur pasaraya Besar

Selalunya di pasaraya besar seperti Mydin, Giant dan Tesco terdapat satu ruang yang menempatkan dapur memasak dimana ianya menjual pelbagai pilihan makanan seperti nasi goreng, mi atau kuey teow goreng dan lain-lain lagi.

Pengalaman admin yang tinggal berdekatan Mydin Ayer Keroh, Melaka amat membantu dalam penjimatan belanja makan di mana bahagian dapur makanan pasaraya Mydin ini menjual pelbagai pilihan makanan pada harga yang lebih murah dari restoran seperti ayam goreng (seketul RM 1.60), Nasi Goreng RM1.50-RM3.00) dan lain-lain lagi.

12) Makanan di pasar malam

Pasar malam di Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai pilihan makanan yang murah. Dengan pilihan makanan semurah RM 1 seperti nasi, kuey tiaw goreng, burger serta lain-lain lagi. Jika ingin berjimat, disinilah tempatnya!

13) Ruangan mencuba makanan / food testing

Yang ni admin suka. Selalunya di pasaraya besar pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, pasti ada promoter yang akan membancuh minuman seperti kopi, susu, teh, milo dan lain-lain lagi serta menyediakan makanan seperti sosej, nugget, keropok lekor dan pelbagai lagi pilihan makanan untuk diberikan kepada pelanggan yang ingin mencuba.

Selalunya hari-hari ini pasti mampu melapik perut yang memang lapar dan bolehlah berjimat sedikit sebanyak. Pastikan anda tebalkan muka anda dahulu sebelum mencuba. Keh3..

Tambahan:

Untuk lebih penjimatan, sebolehnya jangan pesan minuman selain dari air kosong di kedai. Ini kerana anda boleh bancuh sendiri di rumah. Bayangkan segelas teh, milo atau nescafe boleh mencecah harga RM1.50 hingga RM2.00 segelas. Jika anda membeli sendiri seperti gula sepaket, milo sebungkus, teh, sepeket, nescafe sepaket, harganya pasti sekitar RM10-15. Dari situ boleh bancuh berpuluh gelas minuman sendiri di rumah jika dibandingkan memesan minuman di kedai.

Dan yang pasti minuman di kedai, lebih ais dari air. Anda tak minum segelas air. Tapi anda hanya minum separuh gelas je sebab ais sahaja dah diisi penuh gelas.

Apapun jika ingin berjimat, kurangkanlah makan di kedai. Fikir-fikirkan. Semoga bermanfaat :)

_ _ _ _ _

(Recap) 13 makanan jimat dan murah:

  1. Roti keping
  2. Roti canai
  3. Nasi lemak
  4. Telur ayam
  5. Coleslaw
  6. Capati/roti canai sejuk beku
  7. Biskut empat segi Hup Seng
  8. Sardin
  9. Sosej/daging burger sejuk beku
  10. Nasi + kicap + telur goreng
  11. Makanan di pasar raya
  12. Makanan di pasar malam
  13. Ruangan mencuba makanan
(Visited 10,604 times, 4 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK