May 072015
 

(Tips) 9 Cara Nak Jimat Minyak Motor

Bagi yang mencari tips dan cara untuk jimatkan minyak motor, disini admin ingin berkongsi beberapa idea yang mungkin boleh membantu dalam mencari jawapan kepada persoalan tersebut.

Sejak diploma hinggalah akhir ijazah, motosikal sememanganya menjadi kenderaan utama admin untuk bergerak ke kuliah mahupun relax-relax di shopping complex. Berikut adalah beberapa tips dan cara nak jimat minyak motor yang admin pernah lakukan: 

1. Isi minyak di awal pagi atau malam

Tips ini pasti boleh digunakan juga untuk mana-mana kenderaan kerana di awal pagi serta malam, cecair menjadi lebih mampat serta kurangnya wap yang keluar semasa mengisi minyak. Elakkan mengisi minyak pada waktu panas tengah hari serta petang kerana pada masa itu, wap yang terhasil adalah banyak. Jadi, isilah petrol pada waktu malam atau awal pagi kerananana kuantiti petrol yang keluar mungkin lebih banyak di waktu pagi.

2. Kurangkan berat motosikal anda

Ada beberapa cara untuk anda kurangkan berat motosikal anda antaranya:

  • tukar bakul besi kepada bakul plastik atau mana-mana yang lebih ringan. Tak guna bakul pun lagi bagus
  • tukar rim batang/besi yang standard kepada sport rim atau mana-mana yang lebih ringan
  • tukar seat standard kepada seat aftermarket yang lebih ringan

3. Gunakan tayar tubeless

Penggunaan tayar tubeless lebih menjimatkan kerana ianya jarang pancit, tahan lebih lama serta lebih ringan kerana menggunakan satu tayar sahaja. Jika pancit, masa untuk menampal tayar tubeless juga lebih singkat berbanding tayar jenis bertiub. Tambahan pula anda perlu membelu tiub dalam yang baru jika tayar bertiub anda pancit.

Pengalaman admin menggunakan tayar jenis tiub amatlah menghampakan kerana ianya pasti pancit setiap sebulan dua. Selepas menggunakan tayar tubeless, amat jarang berlaku pancit. Jika berlaku pun mungkin sekali dalam setahun dua.

4. Motosikal jimat minyak

Buat survey untuk mengetahui motosikal mana yang paling menjimatkan serta mempunyai tangki minyak yang besar. Kurangkan memilih motosikal yang hanya cantik dari segi rupa tapi kuat makan minyak.

LIHAT JUGA:  (Viral) Rahsia Bil Elektrik Menurun Terbukti Berkesan

5. Jangan ‘lenjan’ motor anda

Jika anda mat rempit abadi, ketahuilah bahawa duit anda akan cepat mengalir setiap kali anda kerap ‘memulas minyak’ motor anda secara mendadak. Jika ingin berjimat, pulas minyak anda secara perlahan dan beriringan dengan tahap bunyi enjin anda. Bukan memulas minyak secara membabi buta.

6. Kurangkan muatan di atas motor

Jika anda agak berisi, bolehlah kurangkan isi yang terdapat pada tubuh anda. Dan jika membawa muatan dalam beg galas, pastikan barang dalam beg tersebut sekadar yang diperlukan sahaja. Muatan yang berlebihan pasti akan memakan minyak motor anda secara berlebihan.

7. Rancang perjalanan

Untuk dapatkan perjalanan atau shortcut yang pendek, rajin-rajinlah bukan Google Maps atau yang sewaktu dengannya untuk mencari jalan yang paling dekat untuk ke destinasi anda.

8. Elak laluan berbukit dan lampu isyarat

Laluan berbukit akan mengerahkan enjin motor anda untuk menggunakan lebih petrol. Manakala lampu isyarat pula akan menyebabkan perjalanan anda terhenti dan menggunakan lebih petrol semasa motosikal mula bergerak dari kelajuan rendah ke kelajuan yang tinggi.

9. Menunggang secara berhemah

Menunggang secara berhemah pasti dapat mengurangkan penggunaan petrol motosikal anda. Bayangkan anda membrek kemudian memulas minyak secara mendadak, mencilok serta memkuak lentang, pastinya penggunaan minyak akan mengalir umpama empangan pecah. Adalah lebih baik menunggang secara santai dan berhemah. Fikir-fikirkan.

10. Isi angin secukupnya

Tayar yang diisi angin secukupnya akan terasa lebih ringan. Ini akan lebih menjimatkan penggunaan petrol.

_ _ _ _ _

Jika anda mempunyai tips yang lain, bolehlah kongsi komen anda di bawah. Boleh juga share artikel ini jika bermanfaat.

 

(Visited 2,380 times, 3 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK