May 082015
 

(Bongkar) Penunggang Bawa Kabel Disangka Peragut Bawa Cangkuk

Semalam telah viralnya beberapa gambar penunggang serta pembonceng motosikal bernombor WXV 7613 yang dikatakan peragut yang bersenjatakan cangkuk tajam. 

(Bongkar) Penunggang Bawa Kabel Disangka Peragut Bawa Cangkuk

Setelah disiasat polis, rupanya benda yang dikatakan cangkuk tersebut sebenarnya hanyalah wayar atau kabel yang diletakkan diatas seat motosikal tersebut dan pembonceng telah duduk di atas kabel wayar tersebut.

Berikut adalah gambar yang menyatakan segala-galanya.

(Bongkar) Penunggang Bawa Kabel Disangka Peragut Bawa Cangkuk

Bagi yang dah sebarkan gambar tersebut mohon padamkan ia kerana ini satu lagi fitnah. Apaun tahniah kepada pihak berkuasa kerana cepat-cepat membongkar isu ini.

Apapun kita sebagai rakyat Malaysia tetap perlu berhati-hati dengan ancaman peragut yang tak mengira masa, tempat dan keadaan.

(Visited 123 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2015 - Kelantan

LIKE KAMI DI FACEBOOK