Mar 092015
 

(Viral) Leong - Pembaiki Air-Cond Kereta Murah Di Puchong

Kisah pembaiki air-cond kereta yang murah di Puchong ini telah menjadi viral di facebook dengan mendapat perkongsian sebanyak lebih dari 16,000 share. Lelaki yang dikenali sebagai Leong tersebut dikatakan agak mesra dan memberikan perkhidmatan terbaik dalam menyelenggara penyaman kereta pelanggannya dengan kos yang rendah.

Itulah kuasa social media. Jika perniagaan yang  dijalankan adalah terbaik dari segi perkhidmatannya apatah lagi penjimatan harga, pasti ramai yang akan menyokong dan mempromosikan secara percuma di media sosial dan mulut ke mulut. Begitulah juga sebaliknya.

Ikuti kisah tersebut yang dikongsikan di Facebook oleh saudara Nadzmi Nadzir ini: 

_ _ _ _ _ _ _

Hari ini baru teringat ada janji yang belum ditunaikan. Semuanya bermula apabila aircond kereta rosak. Harga baikinya berbeza-beza. Satu bengkel milik Cina di Jalan Cheras-Kajang bagi harga RM1300. Dalam masa 3 jam siap. Satu lagi bengkel juga dimiliki oleh Cina di Bandar Baru Bangi harganya RM1700. Pergi pula ke kedai Melayu moga-moga harganya lebih murah namun hampa. Selepas check harganya RM1800. Stok barang ada. 4-5 jam siap katanya. Mereka semua menyebut masalahnya sama iaitu compressor aircond rosak perlu tukar.

Nak jadi cerita seorang sahabat bagitahu ada seorang pakar baiki aircond iaitu Leong. Saya terus ke bengkel Leong. Lokasinya di Puchong. Bila dicheck masalah aircond kecil saja katanya. Hanya dalam masa 1 jam 30 minit boleh siap.

Akhirnya aircond kembali sejuk. Sambil test aircond yang baru dibaiki, Leong membawa saya makan di restoran. Kami cerita tentang isu-isu semasa, politik & agama. Leong seorang yang terbuka & banyak tahu tentang Islam. Jujur & amanah sering disebut dlm bual bicaranya. Pemimpin perlu jujur & amanah. Bekerja pun perlu jujur & amanah” katanya. Dia juga sebut tidak dapat fokus pada kerja semenjak ibunya meninggal. Selama 14 tahun dia jaga ibunya yang kena stroke. Saya dapat buat kesimpulan zahirnya Leong seorang yang berprinsip & baik. Tapi dalam diri ini masih terlintas: “Memang Cina begini perangainya. Pelanggan adalah raja yang perlu di jaga hatinya. Selepas ini tunggulah kau, pasti tinggi dicaj kos baiki aircond tu”.

LIHAT JUGA:  (Kisah) Seorang Pakcik Cedera Dirompak Di Hentian Putra, KL

Selepas makan di restoran, Leong bawa saya ke Masjid Al-Ehsan supaya saya dapat solat zohor berjamaah. Saya seolah-olah bos & Leong pula pemandu saya. Apatahlagi dia panggil saya “Dato”. Dato nak ke mana? Masjid ye? Ok. Kita ke sana. Bila lagi nak berlagak seperti dato’…..Kihh…kihh…kihh….

Bila semuanya selesai. Saya ke meja untuk buat bayaran. Berapa cajnya? Cuba kalian teka? Sepintas lalu saya lihat macam RM1900. Bila diperhati betul-betul bil yang ditunjuk oleh pekerjanya. Hanya RM190 saja. Saya terkejut. Bukan RM1800, bukan RM1300 & bukan RM1700 sebagaimana harga yang ditetapkan dibengkel-bengkel yang lain.

Keluar dari kedainya. Leong tanya saya “Berapa ribu dato?” Dia tersenyum. Saya tak tahu nak cakap apa. Hanya banyak2 berterima kasih. Leong sempat lagi merendah diri

“Saya tak pandai baiki seperti pomen-pomen yg lain. Yang penting aircond kereta dato dah sejuk sekarang” sambil bersalam dengan saya.

Sebelum berpisah, saya bagitahu Leong dia seorang yg baik. Saya berjanji akan promosi bengkelnya di facebook. Itulah janji saya dgn Leong. Hari ini saya tunaikan janji tersebut.

Sahabat2 sekalian. Jika aircond rosak boleh jumpa Leong. Sambil-sambil tu boleh berdakwah….Terima kasih kerana baca cerita ini.

(Viral) Leong - Pembaiki Air-Cond Kereta Murah Di Puchong

Business card dengan alamat dan nombor telefon bengkel tersebut

via Nadzmi Nadzir post

(Visited 3,881 times, 5 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK