Mar 192015
 

(Tips) Lelaki Jana RM15K berkongsi 14 Rahsia Bisnes Berjaya

Anda pasti terkejut apabila mengetahui lelaki ini menjana jualan sebanyak RM15,000 dalam setahun. Kini beliau tampil berkongsi 14 rahsia menjadikan bisnes anda berjaya.

Dato’ Hussamuddin Yaacub.

Beliau adalah pengasas syarikat Karangkraf. Iaitu syarikat yang fokus pada beberapa industri seperti penerbitan, percetakan dan pelbagai lagi.

Dalam seminar 5 modal bisnes, beliau berkongsi 14 rahsia bisnes kepada 200 peserta. Rahsia ini mungkin membantu beliau untuk membina perniagaan yang jualannya mencecah RM500 juta setahun. Agak lumayan jualan yang dijana beliau.

Berikut adalah 14 rahsia bisnes berjaya yang dikongsikan: 

1) Jalan pintas itu jalan sesat.

Dalam bisnes, tidak ada jalan pintas. Yang ada, kerja keras dan bertindak pantas.

2) Ibu bapa yang membentuk karakter bisnes anak.

Ibu dan bapa yang bertanggungjawab membina karakter anak sebagai seorang usahawan. Pensyarah dan orang lain hanya memberikan ilmu.

3) Islam adalah panduan orang bisnes.

Islam membentuk seseorang supaya mempunyai nilai dan karakter diri yang luar biasa.

4) Kalau lambat buat, pasti lambat dapat.

Ibu saya mengajar sejak kecil – Apabila buat kerja, buat cepat-cepat.

5) Biasakan diri untuk berdisiplin.

Jangan sekadar follow up. Tetapi follow through. Baru berhasil.

LIHAT JUGA:  (Tips) Beza Beg Deuter Original Dan Palsu

6) Al-Quran sentiasa sedia membantu.

Hidup kita lebih indah dan berjaya apabila mengikut ilmu dalam kitab Al-Quran.

7) Berkuli untuk bisnes sendiri.

Semasa mula-mula berniaga, saya buat semua sendiri. Itu adalah makna disebalik Usaha”one”. Belajar berdikari terlebih dahulu.

8) Rahsia Karangkraf ramai pelanggan.

Biar bos yang layan pelanggan. Pelanggan akan ingat dan suka sampai bila-bila.

9) Pekerja bukan hamba abdi.

Jangan ambil pekerja untuk dijadikan kulit batak.

10) Biar pekerja faham tugas sebenar mereka.

Bahagikan skop kerja dengan jelas kepada para pekerja.

11) Lihat kebaikan, tutup keburukan.

Lihat kebaikan orang lain, upgrade kebaikan itu. Kemudian tutup mata supaya tidak melihat kelemahan.

12) Lahirkan pemimpin dalam organisasi.

Buat bisnes dan bangunkan pemimpin. Jika seorang pemimpin dalam organisasi mampu hasilkan RM5 juta setahun, bagaimana jika kita ada 10 pemimpin?

13) Memimpin dengan menjadi contoh terbaik.

Membina pemimpin adalah menerusi contoh-contoh akhlak.

14) Niat itu mesti, hasil itu pasti.

Niat adalah permulaan, hasil adalah pengakhiran.

 via writetowealth

(Visited 65 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK