Mar 192015
 

(Sinopsis | Pelakon) Filem Isyarat Cinta 2015

Hari ini 19 Mac 2015 bermulanya tayangan sebuah filem bertajuk Isyarat Cinta yang diarahkan oleh Bade Hj Azmi. Dengan dibarisi pelakon handalan dan sinopsis cerita yang kuat, ramai yang mengatakan filem ini bakal meletup di seluruh Malaysia.

Antara barisan pelakon filem Isyarat Cinta ini ialah: 

  • Fizo Omar sebagai Ariel
  • Liyana Jasmay sebagai Dhia
  • Adi Putra sebagai Iskandar

Dan berikut adalah sinopsis cerita ini:

Filem ini adalah tentang kisah cinta antara Iskandar (Adi Putra), seorang yang bisu yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, dan Dhia (Liyana Jasmay), seorang gadis yang buta. Iskandar sebenarnya adalah seorang jutawan yang rendah hati yang mana telah menyelamatkan Dhia daripada kemalangan jalan raya. Walaupun mereka kurang upaya atau cacat, mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Rakan Iskandar iaitu Ariel (Fizo Omar) pula membantu menyampaikan apa sahaja yang Iskandar ingin berkata kepada Dhia. Walau bagaimanapun, Ariel mula mempunyai perasaan kepada Dhia dan tidak lagi mahu menjadi utusan untuk rakannya.

Apakah kesudahan kisah perebutan kasih ini? Adakah Dhia menerima Ariel? Apakah akan terjadi kepada Dhia akhirnya? Saksikan kesudahannya di pawagam yang berdekatan.

Bagi yang ingin melihat sedutan babak dalam filem ini, bolehlah tonton video trailer atau promo di bawah. Memang terbaik!

LIHAT JUGA:  (Video) Trailer Filem Desolasi Lakonan Syamsul Yusof

 

 

Semoga terhibur :)

(Visited 209 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK