Mar 182015
 

(Sinopsis | Pelakon) Ajaibnya Cinta - Slot Lestary TV3

Agak hebat bila melihat barisan pelakon drama Ajaibnya Cinta yang akan mengisi Slot Lestary TV3 ini. Sinopsis cerita juga mampu membuatkan penonton melekat di depan kaca TV.

Buah tangan hasil pengarahan Eyra Rahman ini akan disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam bermula 18 Mac 2015. Untuk pengetahuan juga, drama terbaru ini adalah kesinambungan telemovie ‘Spain Uoolss’ yang pernah ditayangkan pada Aidilfitri tahun lalu

Antara barisan pelakon hebat yang terlibat dalam kisah Ajaibnya Cinta ini adalah: 

  • Shaheizy Sam sebagai Akif
  • Nora Danish sebagai Halimatun
  • Sharifah Amani sebagai Hammara
  • Lana Nordin sebagai Cinta
  • Betty Rahmad sebagai Maya
  • Erma Fatima sebagai Mak Cun
  • Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Shamsul
  • Datuk Rahim Razali sebagai Pak Akob
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Saidatul
  • Esma Daniel sebagai Datuk Tajudin
  • Norish Karman sebagai Datin Suzana
  • Ifa Raziah sebagai Farhana

Berikut adalah sinopsis panjang cerita ini:

Akif, Halimatun, Hammara dan Maya bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara, begitu juga pada Akif kerana Akif seperti mahu menjauhkan diri darinya.

Akif mengikut Hammara bertemu dengan Maulana di sebuah perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenar-benarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara.

Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa dengan Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara.

Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul, tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan yang anak kesayangannya Halimatun akan pulang ke Malaysia.

Sampai sahaja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun, tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari-cari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa.

Datin Suzana dan Dato’ Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat sahaja. Datin Suzana dan Dato Tajudin berasa malu di hadapan para tetamu.

Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka tentang bersolat.

Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Dato’ Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong daripada Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program-program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif telah memberi sinaran baharu dan harapan dalam hidupnya.

Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun agar mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun.

Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya. Siapakah jodoh sebenar buat Akif akhirnya?

 

LIHAT JUGA:  (Sinopsis | Pelakon) Drama 7 Ramadan - Slot Samarinda TV3

Untuk lebih memahami jalan cerita ini, jom tonton beberapa video iklan promo rancangan ini:

 

 

Semoga terhibur :)

(Visited 50 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK