Mar 092015
 

(Senarai) 36 Sebab Kenapa Permohonan BR1M Tak Lulus

Bagi yang lulus dalam permohonan BR1M, tahniah kami ucapkan. Bagi yang tak berjaya, boleh cuba lagi dan buat rayuan.

Tapi mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa permohonan BRiM seseorang itu ditolak.

Berikut adalah senarai 36 sebab kenapa permohonan BR1M anda tak lulus: 

  1. Nombor Kad Pengenalan tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Nama pemohon berbeza dengan data JPN
  3. Nombor kad pengenalan pemohon tidak wujud di UGAT/PDRM
  4. Nama pemohon berbeza dengan data UGAT/PDRM
  5. Semakan data agensi/borang mendapati pendaparan isi rumah melebihi RM4000
  6. Semakan data agensi/borang mendapati pendaparan melebihi RM2000
  7. Pemohon telah menerima Baucar Buku 1 Malaysia
  8. Semakan data agensi mendapati had kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
  9. Semakan data agensi mendapati had kemampuan suami/isteri memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
  10. Semakan data agensi mendapati had kemampuan tanggungan memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
  11. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan
  12. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
  13. Maklumat tanggungan tidak lengkap
  14. Pendapatan kasar bulanan isi rumah di borang melebihi RM4000
  15. Pendapatan kasar bulanan di borang melebihi RM2000
  16. Pemohon tidak melepasi kelayakan umur memohon
  17. Permohonan lebih dari satu kali
  18. Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain
  19. Pemohon wujud sebagai tanggungan permohonan lain
  20. Suami/isteri telah membuat permohonan lain
  21. Suami/isteri wujud sebagai suami/isteri pemohon lain
  22. Suami/isteri wujud sebagai tanggungan pemohon lain
  23. Tanggungan telah membuat permohonan lain
  24. Tanggungan wujud sebagai suami/isteri pemohon lain
  25.  Tanggungan wujud sebagai tanggungan pemohon lain
  26. Percubaan memohon sebagai pasangan lebih dari 4 kali
  27. Nombor kad pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di JPN
  28. Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data JPN
  29. Nombor kad pengenalan pasangan/tanggungan tidak di PDRM
  30. Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data PDRM
  31. Nombor kad pengenalan pasangan/tanggungan tidak di UGAT
  32.  Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data UGAT
  33. Maklumat pasangan perlu pengesahan
  34. Maklumat tanggungan perlu pengesahan
  35. Pasangan telah disenarai hitam
  36. Pasangan meninggal dunia
LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2015 - Negeri Sembilan

Diharap senarai ini dapat menjelaskan kekeliruan yang timbul antara kita. Semoga bermanfaat!

(Visited 57 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK