Mar 092015
 

(Review) KFC Zinger Rice Wrap Sedap Ke

Semalam, admin berkesempatan mencuba menu terbaru KFC iaitu KFC Zinger Rice Wrap.

Menu terbaru tersebut dikatakan memudahkan pembeli untuk menikmatinya dengan cepat. Kenapa cepat? Kerana semua bahan-bahan tersebut dibalut kemas dalam roti tortila dan sedia untuk dimakan begitu sahaja.

(Review) KFC Zinger Rice Wrap Sedap Ke

Panjang bungkusan vs panjang sebenar

Dari pengamatan admin, antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan KFC Zinger Rice Wrap ini adalah:

  • roti tortilla
  • nasi ayam yang sedap
  • ayam zinger rangup
  • tomato
  • timun
  • sos keju (seperti yang digunakan untuk cheesy wedges)

Dari rasanya, admin boleh dikatakan ianya seperti memakan sushi, namun diupgradekan rasanya menjadi lebih sedap dengan pelbagai rasa dan tekstur seperti ayam goreng zinger yang rangup, cheese dan nasi ayam yang sedap. Dan ada juga rasa sedikit pedas, jadi tidak perlu menambah sos. Boleh dimakan begitu sahaja.

Bagi yang inginkan kelainan selain menikmati Rice Plate bolehlah mencuba menu terbaru ini.

Dari segi saiz, ianya lebih kurang sepanjang sebatang pen. Namun begitu, ianya cukup mengenyangkan tambahan pula jika memesan hidangan combo yang disertakan dengan air Mountain Dew dan fun fries (kini dikenali sebagai Crispier Fries)

(Review) KFC Zinger Rice Wrap Sedap Ke

Sebatang pen sebagai perbandingan

Berapa harganya?

LIHAT JUGA:  (Susulan) Mangsa Serangan Pekerja KFC Nafi Lakukan Provokasi

Jika anda membeli secara ala-carte, harganya hanyalah RM4.90 (tak termasuk cukai). Dan jika membeli secara hidangan combo yang disertakan dengan air Mountain Dew dan Crispier Fries harganya pula hanyalah RM 7.80 (tak termasuk cukai).

Jadi, bolehlah terjah restoran KFC yang berdekatan dan cubalah menu Rice Wrap yang terbaru ini. Terbaik!

(Visited 102 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK