Mar 192015
 

(Review) KFC Cheezy Zinger Mashed Potato

Beberapa hari lepas, admin sempat merasai menu KFC yang boleh dikatakan agak baru iaitu KFC Cheezy Zinger Mashed Potato.

Ianya adalah hidangan KFC Value Treats yang ditawarkan pada harga yang murah. Namun persoalannya berbaloikah? Kenyangkah?

Sebelum itu kita lihat dulu apakah bahan-bahan yang diletakkan dalam hidangan ini. Dari pengamatan admin ada beberapa bahan yang digunakan iaitu: 

  • Mashed potato penuh sebekas (tanpa sos mashed potato)
  • Ayam Zinger yang rangup
  • Jagung
  • Sos cheezy
  • Mayonis

Dari segi saiz, ianya bersaiz agak besar dan hampir setinggi bekas air gas bersaiz medium. Jadi, sudah pasti kuantitinya agak besar dan cukup mengenyangkan.

(Review) KFC Cheezy Zinger Mashed Potato

Rasanya memang sedap kerana terdapat dua jenis sos iaitu cheese dan mayonis. Dan terdapat pelbagai tekstur makanan dari lembut hinggalah rangup yang mana boleh didapati dari mashed potato, ayam zinger serta jagung.

Bagi yang sukakan pedas, boleh juga dicampur sedikit sos cili untuk kelainan rasa.

LIHAT JUGA:  KFC Memperkenalkan Chewy Cheese (Mozarella) Balls

(Review) KFC Cheezy Zinger Mashed Potato

Berbaloikah? Bagi admin, sememangnya ia berbaloi untuk dipesan dan mengenyangkan kerana kuantitinya yang agak banyak lebih-lebih lagi jika memesan bersama combo set yang disertakan dengan Crispier Fries dan air gas.

Harganya pula memang murah. Untuk ala-carte ianya hanyalah berharga RM5 manakala untuk hidangan combo set harganya pula adalah RM7.95.

Jika anda, tercari-cari menu yang sedap dan berlainan rasanya, bolehlah cuba KFC Cheezy Zinger Mashed Potato ni. Terbaik!

Menu KFC Value Treats

Menu KFC Value Treats

 

(Visited 407 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK