Mar 092015
 

(Gambar) Kisah Sebenar Tentang Kereta 'Terbang' Atas Pokok Ini 3

Sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kereta terbang dan tersangkut di atas pokok telah menjadi bualan hangat di media sosial. Dikatakan kejadian ini berlaku di Senai, Johor pada hari ini. Ramai yang mengatakan bahawa kenderaan tersebut dipandu laju lalu terlanggar sesuatu dan terbang melambung tinggi sehingga tersangkut di atas pokok.

Namun menurut kisah sebenar oleh orang ramai yang berada di kawasan kejadian, kenderaan tersebut iaitu sebuah Proton Saga telah terjunam ke dalam longkang atau parit berhampiran. Selepas itu, barulah ianya diangkat menggunakan kren.

(Gambar) Kisah Sebenar Tentang Kereta 'Terbang' Atas Pokok Ini 3

Jadi, semasa proses mengangkat menggunakan kren tersebut, ramailah yang menangkap gambar dan akhirnya salah satu gambar ‘kereta terbang atas pokok’ tersebut telah menjadi viral kerana kelihatan seperti kereta tersebut tersangkut tinggi di atas pokok. Dan dari angle tersebut sememangnya tidak dapat melihat tali kabel kuning yang digunaan untuk mengangkat kenderaan tersebut.

Dah macam ilusi optik pulak.

LIHAT JUGA:  (Berita) Pasangan Warga Emas Sempat Selfie Lepas Kemalangan

(Gambar) Kisah Sebenar Tentang Kereta 'Terbang' Atas Pokok Ini 3

Kalau tak silap dulu pun ada kes kereta terbang di Johor. Macam-macam..

Apa pun mohon kaji dulu sebelum sebar. Semoga pemandu tersebut selamat. Sekian.

(Visited 86 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK