Mar 252015
 

(Bongkar) Bagaimana Uncle Ini Jana Pendapatan Melalui Penipuan

Negara kita memang ramai orang yang pemurah. Namun, disebalik sifat yang baik itu, masih ada yang mengambil kesempatan atas kebaikan itu.

Seorang pemuda telah berkongsi di facebook bagaimana seorang uncle ini menjana pendapatan melaui cara penipuan di mesin ATM. Jika anda terjumpa situasi seperti yang dikongsikan berikut, maka berjaga-jagalah dengan wang anda: 

_ _ _ _ _

Lelaki cina tua ni jana pendapatan dia dengan cara menipu. Beware orang2 Sri Kembangan. Area petronas Sri Kembangan & pasar borong Selangor. Alkisahnya..

Sebulan lepas, saya nak keluarkan duit di atm petronas Sri Kembangan. Lelaki cina ni beratur depan saya. Tiba giliran lelaki cina ni, dia berlakon yang kad atm dia kena telan. Lepas tu dia keluar. Time saya keluar depan pintu petronas, lelaki cina ni approach saya dengan muka susah hati dia tu. Dia habaq yang kad atm dia kena telan. Dia dari Penang. Baru ambik kereta anak kat Johor. Takde cash nak balik Penang. Siap cerita anak dia ambik medic, ada BMW, bla bla (konon family ok gitu). Nak pinjam duit dalam rm100. Siap janji nanti akan bank in balik ke akaun. Saya kata paling banyak saya boleh tolong rm20 je. Nego2 lelaki cina mintak rm30. Saya pun dengan rasa belas kesian hulur duit. Jauh di sudut hati ada suara2 kecil kata “ni scam je ni”. Tapi tangan tetap menghulur. Hanya nombor telefon dijadikan sandaran.
Dan hari ni, saya nak isi minyak kat petronas yang sama, saya ternampak cina tua ni tengah approach sorang motorist. Terus saya pergi ke arah mereka. Saya mintak balik duit saya. Selamber cina tua tu buka dompet duit dia hulur rm50. Saya pulangkan balik baki rm20. Motorist tu pun mintak balik duit dia. Rupanya motorist tu siap dah kasi rm100! Dahsyat. Tanpa perlu bekerja, dah dapat income rm100 untuk haritu.
Modus operandi yang sama. Kad atm kena telan, takde duit, dari Johor nak balik Penang. Sadisnya, orang2 yang macam ni yang buat kita terkilan nak hulurkan bantuan kepada yang betul2 jujur.

via Rizamudin Mugeni

(Visited 24 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) Parody - Bagaimana New Macbook Tercipta?

LIKE KAMI DI FACEBOOK