Jan 282015
 

(Video) 2 Siri Animasi Menarik Di Youtube Untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak dan kartun animasi tidak boleh dipisahkan. Sebab itu, di youtube telah ramai yang menerbitkan siri animasi kartun khas untuk tontonan kanak-kanak, tak kira masa dan di mana juga.

KedooTV adalah salah satu channel youtube dari Russia yang aktif menerbitkan bahan animasi serta video kartun khas untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa yang berminat dengan animasi.

Dua animasi yang terdapat dalam channel mereka iaitu Booba dan Taka & Maka adalah sangat popular dan sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak mahupun penggemar animasi 3D. Ianya adalah siri animasi tanpa dialog, jadi ianya sangat sesuai ditonton oleh kanak-kanak mahupun penggemar animasi di seluruh dunia.

Booba

Siri animasi Booba mengisahkan tentang satu haiwan belaan yang comel dan hanya berukuran 70cm tinggi. Ianya sangat aktif, kreatif dan suka bermain seperti kanak-kanak berumur 6 tahun. Tidak diketahui dari mana asal-usulnya namun dari gayanya kelihatan seperti datang dari zaman dahulu kala yang mana ianya amat tertarik dengan buah-buahan.

Tonton siri animasi Booba yang agak happening di sini: 

 

LIHAT JUGA:  (10 Gambar) Parodi Meme Terowong Jalan Imbi Runtuh

Taka & Maka

Taka & Maka adalah dua watak cicak ‘gecko’ yang berbeza perlakuan dan pemikiran namun sentiasa bersahabat baik dalam sebuah rumah. Taka amat sukakan keamanan, sentiasa teratur dan sopan serta suka tidur dalam suasana yang sunyi. Beliau kurang berminat untuk aktif memburu makanan kerana dalam rumah tersebut sudah terdapat banyak makanan.

Berbeza pula dengan Maka, beliau adalah seekor cicak yang sangat aktif dan bertenaga. Jika beliau tidak memburu makanan, pasti beliau akan sibuk mengganggu kawannya, Taka. Bak kata pepatah, apa guna kawan baik kalau tak gurau kasar. Keh3..

Jom tonton siri animasi Taka & Maka di bawah ini:

 

 

Dah habis tonton semua episod? Jangan risau, pastikan anda menunggu setiap hari Khamis untuk episod terbaru animasi Booba serta hari Selasa dan Jumaat untuk episod baru Taka & Maka. Selamat menonton.

Jangan lupa subscribe channel KedooTV sekarang!

Artikel ini disyorkan oleh staff KedooTV khas untuk anda dan seluruh penggemar animasi.

(Visited 138 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK