Jan 292015
 

(Tahniah) Yusry KRU Sahkan Lisa Surihani Mengandung

Setelah hampir 3 tahun berkahwin, akhirnya Yusry KRU sahkan bahawa Lisa Surihani mengandung anak sulung mereka. Tahniah kami ucapkan.

Jadi, pasti selepas ini akan ada ayat cliche di blog-blog hiburan yang akan berkata “Terbukti kejantanan Yusry KRU apabila….” Keh3..

Apapun diharapkan pasangan ini bahagia dengan kehadiran bayi sulung mereka yang bakal tiba lagi sembilan bulan lagi.

KUALA LUMPUR: Spekulasi dan teka teki mengenai diri Lisa Surihani yang dikatakan sudah berbadan dua terjawab sebentar tadi apabila suaminya, Yusry Abdul Halim mengesahkan kebenarannya.

“Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh,” kata Yusry yang duduk bersebelahan Lisa ketika temubual ini berlangsung.

Tambah Pengarah Cicakman 3 itu, ketika bertebaran cerita mengandung ini pelbagai teori muncul.

“Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV.

“Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama,” katanya.

Lisa yang tersipu malu di sebelah Yusry mengakui bukan niat beliau untuk berselindung.

“Saya hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak uar-uarkan hal ini kerana masih baru. Apa apapun terima kasih atas doa semua yang baik baik untuk saya,” katanya.

24 Februari depan akan genap tiga tahun usia perkahwinan mereka. – via berita harian

Admin: Mesti segak anak diorang ni nanti :)

(Visited 46 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke Sembilan 9

LIKE KAMI DI FACEBOOK