Jan 212015
 

Soalan- Kenapa dan Sampai Bilakah Harga Minyak Akan Turun

Soalan: Kenapa dan Sampai Bilakah Harga Minyak Akan Turun? Mesti ramai yang tertanya-tanya soalan ini. Admin pun tak tahu sebelum ini. Tapi selepas membaca beberapa artikel dan pendapat yang dikemukan, berikut adalah apa yang dapat disimpulkan. Kalau ada salah tu mohon betulkan. 

Penurunan harga minyak kali ini adalah disebabkan pelbagai faktor seperti pengeluaran minyak yang berlebihan, konflik peperangan di Libya yang telah reda dan kerana pengaruh Arab Saudi ke atas harga minyak.

Kita sedia maklum jika stok suatu barang adalah berlebihan dan permintaan pula berkurangan, maka harganya akan jatuh. Begitulah juga yang terjadi dalam kes harga minyak dunia yang jatuh ini.

Amerika Syarikat dan Kanada adalah antara negara yang pada mulanya melihat potensi besar dalam keuntungan urusniaga minyak semasa harga minyak naik ke paras tertinggi. Oleh sebab itu, mereka telah menaikkan kuantiti pengeluaran minyak mereka untuk dengan mencari banyak lokasi baru untuk mengorek dan mengeluarkan hasil minyak semata-mata untuk memenuhi permintaan minyak dunia. Ianya terjadi selepas harga minyak melambung ke paras tertinggi beberapa tahun lepas. Begitu juga syarikat minyak dunia yang lain turut menambahkan pengeluaran minyak mereka.

Ditambah pula dengan konflik peperangan di Libya yang telah menyebabkan export minyak mereka ditutup maka pengeluaran minyak dunia telah berkurang sedikit sebanyak telah mempengaruhi stok bekalan minyak dunia. Lihat carta pengeluaran minyak dunia dibawah:

Soalan- Kenapa dan Sampai Bilakah Harga Minyak Akan Turun

Bermula pertengahan 2013 sehinggalah ke penghujung 2014, jumlah pengeluaran minyak telah melebihi permintaan yang menyebabkan lambakan tong-tong minyak dan akibatnya harga minyak menurun. Ditambah pula konflik di Libya yang telah reda yang mana menyebabkan aktiviti eksport minyak mereka disambung semula setelah terbengkalai selama setahun. Lihat bagaimana graf tersebut naik mendadak setelah Libya menyambung aktiviti eksport minyak mereka.

Lain-lain faktor harga minyak menjadi rendah adalah kerana permintaan minyak telah berkurang di negara berekonomi besar seperti China dan Jerman. Ini menyebabkan banyak pengeluar minyak dunia terpaksa mengurangkan kos serta mengurangkan kuantiti tong minyak yang dikeluarkan.

Arab Saudi vs Amerika Syarikat

Namun, Arab Saudi pula sebaliknya terus mengeluarkan jumlah minyak mereka tanpa sedikit pengurangan sehingga mempengaruhi harga minyak dunia. Mereka pernah menghadapi krisis kejatuhan harga minyak. Berbekalkan pengalaman tersebut kali ini tindak balas mereka adalah berbeza dari dulu. Kali ini, Arab Saudi tidak pula menurunkan kuantiti pengeluaran minyak mereka malah masih meneruskan kuantiti pengeluaran minyak mereka seperti biasa. Ini kerana mereka mampu menghadapi krisis harga minyak yang rendah.

LIHAT JUGA:  (Tips) Cara Mengenal Lelaki Baik Sebagai Jodoh

Tujuan Arab Saudi yang ingin menurunkan harga minyak petrol adalah kerana ingin memberi tekanan ekonomi kepada barat terutamanya Amerika Syarikat. Dipercayai tempoh penurunan harga minyak yang rendah ini akan berterusan mungkin selama 6 bulan sehinggalah ke 2 tahun.

Dengan penurunan harga minyak oleh Arab Saudi ini, maka akan banyaklah pengeluar minyak Amerika Syarikat menanggung kerugian sehingga muflis. Ini kerana pengeluar minyak Amerika Syarikat banyak bergantung kepada leverage, pinjaman bank serta bantuan pelabur mereka untuk memastikan harga minyak kekal tinggi. Mereka berani meminjam kerana menjangkakan harga minyak akan terus naik dalam jangka masa yang panjang.

Jadi, sampai bilakah keadaan ini akan berlaku?

Penetapan harga minyak yang rendah yang dimainkan oleh Arab Saudi akan berlangsung cukup lama dengan tujuan untuk melindungi nilai harga minyak, cukup lama sehinggakan bank-bank akan mengetatkan syarat pinjaman, dan cukup lama untuk membuatkan para terpaksa pelabur mencari syarikat baru yang lebih baik untuk melabur. Cukup lama sehinggalah tujuan ini tercapai.

Mungkin memakan masa dari 6 bulan sehinggalah ke 2 tahun bergantung pada tindak balas pasaran. Kebanyakan pengeluar minyak Amerika Syarikat hanya boleh bertahan dari 3 hingga 6 bulan selepas jangka masa setahun harga minyak menjadi rendah. Cara ini sebenarnya juga agak berisiko buat masa depan ekonomi Arab Saudi.

Tahukah anda, penggalian dan pengeluaran minyak di Arab Saudi dan Kuwait lebih mudah dan murah berbanding di Amerika Syarikat seperti Texas dan North Dakota.

Setelah harga minyak pulih dan dinaikkan seperti biasa, bank-bank dan pelabur berkemungkinan tidak akan membiayai pengeluar minyak dari Amerika Syarikat kerana mereka tahu jika mereka berbuat demikian, maka Arab Saudi akan menurunkan semula harga dan memberikan tekanan seperti sebelumnya.

Arab Saudi sebenarnya bukanlah mengawal sepenuhnya harga minyak, tapi mereka boleh menyuntik turun naik harga ke dalam pasaran yang mana akan mempengaruhi pelabur dalam urusniaga minyak. Bagaimana caranya yang tepat, mungkin boleh tanya pakar ekonomi yang lebih arif.

Namun dapat dikatakan disini bahawa punca harga minyak turun adalah kerana lambakan minyak di pasaran serta pengurangan permintaan minyak oleh seluruh dunia maka sebab itulah harga minyak turun. Disamping itu juga, Arab Saudi juga menyumbang kepada penurunan harga minyak dunia kerana mereka ingin menyeimbangkan semula serta membantu ekonomi seluruh rakyat bumi ini yang mana selama ini dikuasai oleh Amerika Syarikat. Tempohnya mungkin hanya 6 bulan dan mungkin boleh mencecah sehingga lebih 2 tahun. Wallahualam..

via quora.com dan Vox.com

(Visited 152 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK