Jan 142015
 

Mulai 14 Januari 2015, satu drama bertajuk Delina akan mengisi Slot Lestary TV3.

(Sinopsis | Pelakon) Delina - Slot Lestary TV3

Dengan gabungan pelakon baru dan lama serta sinopsis jalan cerita yang agak menarik kerana konsep drama ini adalah ala-ala Thumbelina, sememangnya sesuai untuk ditonton seisi keluarga sebagai hiburan ringan.

Berikut kami kongsikan sinopsis dan senarai pelakon dalam drama tersebut. 

Sinopsis:

 Delina ialah pelajar perempuan yang paling comel dan cantik di sekolahnya tetapi dia juga seorang yang sangat angkuh. Satu hari, Delina telah disumpah oleh seorang nenek kebayan. Badannya mengecil dan hanya setinggi seperti Thumbelina.

Delina perlu menyempurnakan lima tugasan untuk melumpuhkan sumpahan dan kembali menjadi normal. Lima tugasan untuk kembali ke size asal telah dibertahu oleh Nenek Kebayan itu dalam bentuk pantun kunci adalah Delina hendaklah mencari Percintaan, Kemaafan, Kasih Sayang, Pengorbanan dan Kejujuran.

Mampukah Delina menjalani hukumannya sebagai seorang kerdil? Dapatkah Delina menyempurnakan kelima-lima tugasan Nenek Kebayan itu? Mampukah dia mendapatkan badannya kembali? Saksikan kesudahan cerita ini di Slot Lestary pada setiap hari Rabu jam 9 malam di TV3.

Pelakon:

  • Ezzaty Abdullah sebagai Delina
  • Fadlan Hashim sebagai Farid
  • Zara Zya
  • Aedy Ashraf
LIHAT JUGA:  (Sinopsis, Pelakon) Drama Suri Hati Mr Pilot - Astro Ria

Terbitan: Filmscape Sdn. Bhd.

Pengarah: Khabir Bhatia dan Rosh

Tonton juga video iklan promo drama ini di bawah:

 

 

Selamat menonton dan semoga terhibur!

(Visited 438 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK