Jan 052015
 

Bagi peminat masakan barat atau western food bolehlah mencuba resepi kentang putar ini. Homemade mashed potato ini bolehlah dihidangkan bersama chicken chop, burger atau lain-lain makanan barat sebagai hidangan sampingan. Sememangnya menyelerakan baik pakcik dan makcik mahupun kanak-kanak.

(Resepi) Kentang Putar Mashed Potato Homemade

Resipi ini dikatakan agak popular di media sosial dan menjadi viral sejak beberapa bulan yang lalu. Berikut adalah bahan dan cara-cara menyediakannya. Selamat mencuba! 

Bahan-bahan ( 5 orang )

Bahan A untuk kentang putar

5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4

Sedikit lada hitam (kalau nak pedas boleh letak banyak lebih)

Garam secukup rasa

1 sudu susu pekat manis

 

Bahan B UNTUK SOS.

4 sudu besar tepung gandum

5 sudu besar mentega

Sedikit lada

 

Cara-cara penyediaan:

– Rebus kentang sehingga empuk masukkan garam sedikit.

– Toskan air dan lenyekkan, gunakan hand mixer dan putar kentang sehingga halus.

– Masukkan lada hitam dan susu.

– Bahagian untuk kentang dah siap. Seterusnya untuk penyediaan sos pula.

LIHAT JUGA:  (Resepi) Hasilkan Karipap Cara Mudah Menggunakan Roti

– Rebus bawang merah, lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit

– Tapis / buang bahan rebusan tadi seperti bawang merah dan lain-lain dan ambil air rebusan tersebut.

– Masukkan mentega ke dalam kuali dengan api yang kecil, kemudian masukkan tepung gandum, kacau jangan bergentel

– Masukkan air rebusan tadi bersama lada hitam, sos tiram dan beberapa titik kicap pekat. Kacau-kacau dan sedia untuk dimakan

(Visited 415 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK