Jan 062015
 

Semalam di group Apple User Group, kecoh dengan kes penipu bernombor telefon 016-6577109. Di katakan buyer ni melarikan iPhone 5s yang dijual oleh seorang penjual online ni semasa urusan Cash On Delivery (COD) di sebuah restoran.

(Penipu) 016 6577109 - Hati-hati Dengan Buyer iPhone Ni

Kisahnya bermula seperti berikut: 

(Penipu) 016 6577109 - Hati-hati Dengan Buyer iPhone Ni

Modus operandi mamat ni mudah je. Dia akan letak bag atau barang dia atas meja untuk dapatkan ‘kepercayaan’ penjual, lepas tu dia mintak barang jualan seperti iPhone 5s yang nak dijual tu untuk nak tunjuk kat seseorang kat kereta dia. Selalunya dengan ‘kepercayaan’ yang penjual dah dapat tu, memang akan izinkan sahaja barang tersebut untuk dibawa pergi mamat tu. Akhirnya senyap-senyap dia hidupkan kereta dan berambus cepat-cepat.

Sepatutnya selagi duit belum bertukar tangan, kenalah hati-hati dan jaga barang jualan tersebut. Nak lagi selamat silalah bawak rakan anda supaya dia pun boleh jadi pak guard anda.

Berbalik pada kes tadi, nak dijadikan cerita ada juga mangsa lain yang mengadu terkena dengan penipu yang menggunakan nombor telefon 016 657 7109 yang sama ni.

LIHAT JUGA:  (Kisah) Bagaimana Pemuda Ini Atasi Kemiskinan Hidup?

(Penipu) 016 6577109 - Hati-hati Dengan Buyer iPhone Ni

Disitu ada tertulis si licik tersebut namanya Razif. Agaknya mungkin dah ramai orang kena tipu dengan mamat ni.

Jadi, kalau anda tiba-tiba dihubungi dengan nombor 016-6577109 ni untuk membeli sesuatu, silalah berhati-hati. Kalau boleh bawak polis sekali.

Dan kalau anda kenal empunya nombor ni silalah lempang beliau dengan sekuat hatinya agar beliau insaf. Bukan apa. Hidup dengan harta haram ni di akhirat nanti akan jadi bahan bakar neraka jugak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka.”

(Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

Sama-sama beringatlah.

via Apple User Group Post

Admin: Jangan terkejut sekarang ni kes buyer menipu pun lebih banyak dari kes seller penipu online ni. Mohon kedua-dua spesies ni pupus segera..

(Visited 113 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK